Friday, May 7, 2021

FITNAH DARI SUDUT PELBAGAI AGAMA

 

FITNAH ADALAH SATU DOSA BESAR DAN KESALAHAN DALAM SEMUA KEPERCAYAAN. JELASKAN PANDANGAN DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN AGAMA.




DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM


TAJUK : FITNAH ADALAH SATU DOSA BESAR DAN KESALAHAN DALAM SEMUA KEPERCAYAAN. JELASKAN PANDANGAN DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN AGAMA.


AHLI KUMPULAN :

AIN QISTINA BINTI JOHARI
02DKA18F2003

NURUL ADIBAH BINTI ABU SAMAH 02DKA18F2007

NURAINA SAIYIDAH BINTI AHMAD 02DKA18F2021

WAN ATHIRAH BINTI WAN AZNI 02DKA18F2045


NUR FATIHAH BINTI AB.RAHMAN 02DKA18F2049

NURDALIA BINTI MOHD RAFLE     
       02DKA18F2053

NURFARHADA BINTI HASHIM 02DKA18F2057



PENGENALAN

Persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada umat manusia dalam sesebuah masyarakat yang harmoni. Hati budi seseorang itu bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji.
Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W, Baginda telah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Baginda telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi hubungan bersepadu antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi dan Nasrani. Kepentingan konsep persaudaraan perlu ditekankan kepada umat manusia dalam mengimbangi tuntutan hablu min al-Allah (hubungan dengan Allah) dan hablu minannas (hubungan sesama manusia).

Secara umumnya, masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, peringkat usia, taraf kedudukan, pangkat dan kebolehan ilmu pengetahuan. Bagi menjaga keharmonian masyarakat, setiap anggota dalam masyarakat perlu memahami konsep dan peraturan hidup masyarakat supaya tidak ada perbalahan dalam sesuau masyarakat.

OBJEKTIF KAJIAN
·         Menjelaskan pengertian tentang fitnah dari segi istilah.

·         Mengenal pasti pandangan dari pelbagai kepercayaan agama terhadap fitnah.
·         Mengetahui kesan buruk berlakunya fitnah terhadap institusi kekeluargaan dan institusi kemasyarakatan.

APA ITU FITNAH?
 BAHASA Fitnah dalam bahasa arab bermaksud ujian dan cabaran, Imam Ibnu Hajar berkata asal makna kepada fitnah ialah ujian. Manakala, Ibnu Manzur Al-Azhari dan yang lain berkata "asal makna fitnah adalah ujian dan dugaan."

ISTILAH : "perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu."
·         Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi yang dilakukan secara percakapan atau penulisan yang bertujuan untuk memberikan kesan negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu atau tidak sahih yang dipengaruhi oleh sifat buruk sangka, obses atau menjatuhkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.

·         Ia boleh dilakukan secara pertuturan atau berbisik antara seseorang dengan seseorang yang lain. Menggunakan media sosial yang mempunyai ramai pengikut seperti facebooktwitterinstagram dan whatsapp antara punca fitnah disebar dengan begitu pantas.


PANDANGAN FITNAH DARI PELBAGAI KERPERCAYAAN  AGAMA


      I.            AGAMA ISLAM:
·         Maksud fitnah adalah dugaan dan ujian. Allah ada berfirman dalam kitab-Nya: "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah" (surah Al-Baqarah: ayat 193) bermaksud: iaitu perangilah mereka sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah berfirman: "dan Kalau (Yathrib) diserang dari segala penjuru dan mereka diminta agar membuat kekacauan, nescaya mereka mengerjakan; dan hanya sebentar sahaja mereka menunggu." (surah Al-Azhab: ayat 14)

·         Di dalam Al-Quran, Allah berfirman bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat, ayat 6) Allah S.W.T menegaskan bahawa wajib kepada kita mengenali terlebih dahulu sikap si pembawa berita. Jika orang yang membawa berita itu sudah dikenali dengan perangai buruknya maka harus kita tolak berita yang dibawanya. 

Namun istilah fitnah lebih banyak diucapkan apabila seseorang manusia mengalami sesuatu bala atau dugaan di dalam hidup mereka. Kebanyakan mereka terpedaya dalam jalan kesesatan daripada mengikut jalan yang lurus. Maknanya apabila fitnah tersebut telah menimpa seseorang, ia akan terpedaya dalam kesesatan serta menyimpang dari kebenaran dan petunjuk. Oleh itu, kita mestilah bersabar dalam menghadapi apa jua ujian yang mendatang kerana ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya kerana kita dapat menghadapi dengan baik mengikut kemampuan seseorang. Fitnah adalah disebabkan perasaan hasad dengki yang ada di dalam hati. Dengki melihat orang sekeliling mempunyai kelebihan yang ada dalam kehidupan iaitu berjaya dalam kehidupan, mempunyai harta yang banyak, disukai ramai orang dan lain-lain lagi. Oleh itu, penyakit hati ini perlu dirawat dengan sebaiknya.

Kesan fitnah dalam diri masyarakat akan menjadi buruk jika fitnah yang ditaburkan tanpa selidik dahulu akan menyebabkan negara menjadi sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi juga boleh menyebabkan terjatuhnya sesebuah negara, akibat daripada fitnah.

Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita, sambil mohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan oleh kita. Masih belum terlambat lagi untuk melakukan perubahan dan memohon petunjuk dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka mencari kesalahan orang lain, kerana sifat manusia mempunyai kekurangan tersendiri, semua manusia tidak sempurna kecuali Allah. Kita perlulah buang yang keruh dan ambillah yang jernih, untuk kebahagiaan dan keselamatan kita dan keturunan kita dikemudian hari.

   II.            AGAMA KRISTIAN:

·         Dalam pandangan agama kristian fitnah merupakan penyakit hati yang mengikut hawa nafsu, pujukan syaitan, tidak percaya kepada diri, iri hati dengan orang lain dan tidak mensyukuri nikmat daripada pencipta. Rasul Yakobus berkata: "Dari manakah datangnya persengketaan dan pertengkaran di antara kamu? Bukankah datangnya dari hawa nafsumu yang saling berjuang di dalam tubuhmu?" (Yak 4:1) Rasul Paulus dalam surat Galatia mengatakan ia tergolong di dalam kitab sebagai: "perbuatan daging" antara lain perselisihan masyarakat, iri hati dan kepentingan diri sendiri, (bdk.Galatia 5:20). Ini adalah penyakit manusia sejak dari zaman Adam (band. Peristiwa Kain dan Habel) yang perlu diambil berat.

·         Akibat daripada fitnah itu sangat bahaya dan merugikan dalam sesuatu masyarakat ia dapat memutuskan tali silaturrahim, merugikan orang lain dan diri sendiri, perpecahan masyarakat. Dalam kitab (Yak 4:11-12) mengatakan mempunyai maksud yang berbeza. Melalui ayat 11.a: "memfitnah saudaranya sendiri atau menghakiminya". Melalui ayat ini kita dapat mentafsirkan bahawa janganlah kita menghakimi sesuatu tanpa bukti yang nyata. Dalam ayat 11.b: perbuatan itu dianggap sebagai "mencela hukum dan menghakiminya". Yang dimaksud dengan memfitnah di sini adalah: mencela orang (baik di depan ataupun di belakang) kerana ia tidak sesuai dengan prinsip hidup kita.

Melalui dua ayat tersebut, kita dapat melihat bahawa dari maksudnya ia berkaitan dengan hal "memfitnah" dan "menghakimi". Perkataan "memfitnah" muncul 3 kali, dan kata "menghakimi" muncul sebanyak 4 kali dan kata "hakim" muncul 2 kali. Kita seharusnya tidak menghakimi dan memfitnah. Kata "fitnah" dapat diertikan sebagai berkata hal yang tidak baik tentang seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut. Berita yang disampaikan akan menjadi betul, ataupun salah.

III.            AGAMA HINDU:

      Maksud hukum dalam agama hindu adalah ketentuan atau peraturan-peraturan yang harus diatasi oleh manusia, serta memberikan hukuman kepada seseorang yang melanggarnya baik itu berupa hukuman denda, disebut oleh orang dursila (pengkhianatan). Karma berasal dari bahasa Sanskrit dari urat kata "Kr" yang bermaksud membuat atau berbuat, maka dapat diertikan karmapala bermaksud perbuatan atau tingkah laku.

Phala yang bermaksud buah atau hasil. Maka dapat disimpulkan Hukum Karma Phala bermaksud suatu peraturan atau hukuman dalam suatu perbuatan. Salah satu dari Panca Srada ( Enam Kepercayaan Agama Hindu) di antaranya adalah hukum karma phala dimana hukum karma phala ini merupakan etika yang bermaksud bahawa umat agama Hindu percaya akan hasil dalam suatu perbuatan. Dalam Sarasamuscaya seloka 17 disebutkan :“Segala orang (baik golongan rendah, sederhana, atau tinggi) selama dia bekerja akan mendapat kesenangan dalam hatinya, nescaya tercapailah segala apa yang diusahakan dan akan memperolehinya.”

           Dalam Kekawin Ramayana Sargah 1 bait nombor 4 : “Nafsu (Sad Ripu) adalah musuh yang terdekat, ia terletak di dalam hati dan berada di dalam badan. Nafsu tidak ada dalam diri beliau hanya keberanian, kebijaksanaan dan pengetahuan politik”. Ramayana Sargah berkata “Apa yang kamu tanam maka itulah yang akan kamu tuai”, Hukum Karma diambil daripada  buah pemikiran, bercakap perkataan yang tidak baik menyebabkan orang yang tidak bersalah menghadapi derita.

KESAN FITNAH

1)    KESAN KEPADA INDIVIDU:
·         Menjatuhkan maruah individu, menyebabkan pertelagahan, rompakan, samun, berbunuhan antara sesuatu individu yang bertelagah.

2)    KESAN KEPADA KELUARGA:
·         Fitnah terhadap ahli keluarga biasanya berlaku sesama saudara-mara. Sikap fitnah ini boleh mengundang kepada pergolakan di dalam rumah tangga dan kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ia akan menghancurkan institusi kekeluargaan itu secara langsung. Ini akan menyebabkan keluarga sukar memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga tidak tenteram, dendam, tidak mesra, selalu bergaduh, berlaku kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.

3)      KESAN KEPADA MASYARAKAT:
·         Masyarakat menjadi tidak muafakat, enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak peranda dan lain-lain.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, fitnah tidak seharusnya dipandang ringan oleh umat Islam, jika masalah ini masa berleluasa dalam masyarakat ia akan memberi kesan yang buruk pada masa hadapan. Fitnah merupakan penyakit hati yang sangat berbahaya. Kerana kesan yang ditimbulkan selalu negatif,tidak akan pernah positif. Luka yang digoreskan atau ditusukan oleh fitnah lebih tajam daripada pedang. Fitnah dapat merosakkan tali silaturrahim,memporak perandakan sesebuah keluarga dan masyarakat,merugikan sebuah institusi menyengsarakan orang lain , bahkan dapat menghancurkan sesebuah kaum dan mengotori perjuangan.
Kemunduran umat Islam hari ini tidak ada kaitan dengan agama Islam. Umat Islam yang terdahulu telah maju dan mereka maju kerana mengikuti apa yang telah menjadikan umat sebelum mereka maju

FITNAH DARI SUDUT PELBAGAI AGAMA

  FITNAH ADALAH SATU DOSA BESAR DAN KESALAHAN DALAM SEMUA KEPERCAYAAN. JELASKAN PANDANGAN DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN AGAMA. DUA 6022 : KOMUNI...