SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
TAJUK : PERANAN AL
QURAN DALAM MENGATASI
MASALAH KEBEJATAN SOSIAL
DKA 2B
DISEDIAKAN OLEH:
AIN QISSTINA BINTI JOHARI
|
02DKA18F2003
|
NURUL ADIBAH BINTI ABU SAMAH
|
02DKA18F2007
|
NURAINA SAIYIDAH BINTI AHMAD
|
02DKA18F2021
|
WAN ATHIRAH BINTI WAN AZNI
|
02DKA18F2045
|
NUR FATIHAH BINTI AB RAHMAN
|
02DKA18F2049
|
MISYANI HANISAH BINTI MOHD FADZLI
|
02DKA18F2031
|
Apa punca kebejatan sosial yang
berlaku di Malaysia hari ini? Salah laku etika, adab dan akhlak bukan hanya di
kalangan rakyat, malah pemimpin. Bukan hanya di kalangan masyarakat bandar,
malah masyarakat kampung. Bukan sahaja di kalangan golongan bawahan serta
kurang pendidikan, malah golongan pertengahan, atasan serta golongan cerdik
pandai. Persoalan in terus bermain di kotak fikiran , masalah sosial yang
berlaku dalam masyarakat kita hari ini seperti kejadian rogol, sumbang mahram
atau kes-kes bersekedudukan antara ayah dengan anak-anak atau yang melibatkan
adik beradik masih lagi hangat diperbincangkan. Beberapa perkara penting
mengenai aurat dalam rumah, sama ada antara ibu bapa dengan anak-anak atau
antara anak-anak sendiri yang kurang dititikberatkan atau diberi tumpuan oleh
sebahagian ibu bapa. Hal ini akhirnya mencambahkan benih kemaksiatan sehingga
berkembang biak, yang dibimbangi jika tidak ditangani akan menjadi dahan pohon
yang sukar untuk dicantas lagi.
Sesungguhnya Islam sangat menitikberatkan pencegahan pada peringkat awal
kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Perkara yang buruk hendaklah
dihindarkan agar ianya tidak member kesan buruk kepada kita. Justeru itu, Islam
datang bertujuan memelihara maruah manusia dan menutup apa jua ruang yang boleh
membawa kepada kemaksiatan atau kebinasaan.
Kes-kes `haruan makan anak' seperti
yang berlaku hari ini sebenarnya boleh dielakkan seandainya ibu bapa mengambil
berat dan memahami beberapa adab dan syariat yang telah disusun oleh Islam,
yang melindungi aurat dan maruah anak-anak juga ibu bapa itu sendiri.
Nabi SAW. bersabda dalam sebuah hadis
yang bermaksud:
Setiap anak yang
dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, (suci bersih) kedua- dua ibu bapalah
yang mencorakkan kehidupan mereka, sama ada menjadikan mereka Yahudi, Nasrani
atau Majusi.
Demi melindungi aurat serta maruah
anak-anak, Islam telah menyusun beberapa adab dalaman
dalam sesebuah rumah, sama ada yang
telah ditetapkan dalam al-Quran atau melalui sunah
Rasulullah SAW sendiri.
Kesucian sumber ini secara semula
jadinya mampu membina dan membentuk akhlak anak-anak dan menghindarkan sebuah
keluarga itu daripada sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada
Allah SWT.
Antara adab-adab tersebut iaitu adab
meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa.
Adab ini sebenarnya telah diatur
sendiri oleh Allah SWT. dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:
Wahai orang-orang
yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum
baligh antara kamu
meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu :
Sebelum sembahyang
subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah
sembahyang isyak. Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu
padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana
mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung
rapat antara satu dengan yang lain.
Demikianlah Allah
menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka
hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut
dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan
ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
PENGERTIAN
Kebejatan sosial ialah perlakuan negatif anggota masyarakat
yang tidak membawa sokongan atau keuntungan.
Bejat : rosak (budi pekerti)
Sosial: segala keprohatinan-masyarakat .
CONTOH-CONTOH MASALAH KEBEJATAN SOSIAL:
1. GEJALA SOSIAL ROGOL ATAU JENAYAH ROGOL
Definisi jenayah rogol adalah dalam undang-undang jenayah, istilah
"rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa
mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah
perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau
"dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol"
sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga
merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi
undang-undang belum cukup umur. Dalam bahasa pasar, istilah "rogol
kenalan" merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berjumpa
atau berkenalan. Selain itu Rogol yang disebabkan penggunaan pukau dan
seumpama untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang.
2. ARAK ATAU MINUMAN KERAS
Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras yang selalunya diminum
ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood"
seseorang. Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman
beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski.
Alkohol merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Pengambilan
alkohol secara berterusan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak
terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia.
Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat masa kini.
Statistik kadar jenayah yang meninggi, pertambahan kes penyakit mental dan
keruntuhan institusi keluarga di serata dunia menjadi testimoni bisu kepada
kuasa perosak alkohol.
Mengikut syarak, minuman arak adalah haram dan salah di sisi agama bagi
individu muslim yang mengambilnya. Antara sebab pengharaman arak oleh syarak
kerana ia memabukkan dan boleh menghilangkan akal orang yang meminumnya.
Perbuatan meminum arak adalah termasuk dalam perbuatan syaitan yang dipandang
keji oleh syarak.
Faktor-faktor pengambilan alkohol
1) Faktor persekitaran contohnya :
- Mudah didapati
- Harga murah
- Pengiklanan yang menarik di media massa dan media elektronik
2) Faktor Sosial :
- Pengaruh rakan sebaya
- Latarbelakang keluarga
- Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
- Budaya
3. PELACURAN
Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau
hubungan seks, biasanya untuk wang, namun kadang-kadang juga untuk dadah, barang
kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur.
Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun ada juga pelacur lelaki.. Kawasan
bandar yang berleluasa dengan gejala tidak bermoral ini contohnya, kawasan
seperti Chow Kit iaitu Lorong Haji Taib,Lorong Changkat, Bukit Bintang dan
Petaling Street merupakan antara kawasan utama kegiatan pelacuran di Malaysia.
Pelacur juga dapat dikelaskan kepada tujuh kategori utama seperti bohsia,
pelacur pasar, pelacur jalanan, pelacur bermajikan, pelacur tukang urut dan
pelayan pusat hiburan, pelacur bebas serta pelacur kehormat.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PELACURAN
Faktor ekonomi
Faktor ekonomi merupakan salah satu punca yang mempunyai peratusan yang
agak tinggi dalam gejala perlacuran ini. Dengan keadaan ekonomi yang tidak
menentu menyebabkan masalah pegangguran, kemiskinan, hutang, peningkatan kos
hidup dan peluang pekerjaan yang tidak seimbang dengan kelulusan menyebabkan
seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Selain
itu,ada juga seseorang yang keinginan untuk hidup mewah dengan cara mudah tanpa
bekerja keras dengan memperolehi wang beribu ringgit dalam satu masa.
Faktor Sosial
Keruntuhan moral seperti kurang didikan asas agama dan pengetahuan
serta penghayatan agama daripada keluarga menyebabkan nilai murni budaya dalam
sesetengah masyarakat semakin menipis. Oleh yang demikian, tidak mustahillah
bagi mereka yang kurang pegangan agama atau tidak menurut perintah agama mudah
terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti pelacuran ini.
4. GEJALA PONTENG SEKOLAH
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan
sekolah. Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah
tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir
ini masalah ini didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat
yang agak serius. Antara
punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap
pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi
kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata
pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah,
geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang
berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan
sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini
juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar
yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini
biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata
kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah
hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada
rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.
DEFINISI AL-QURAN
Definisi atau pengertian al-Quran menurut bahasa dan istilah di atas
merupakan kata sepakat antara ulama dan para ahli ushul. Al-Quran diturunkan
oleh allah swt sebagai tata aturan bagi kehidupan semua bangsa, petunjuk yang
benar untuk semua makhluk, tanda bukti atas kebenaran rasulullah Muhammad saw,
dalil yang qot’ie atas kenabian dan risalahnya. Dan sebagai hujjah yang tetap
tegak hingga hari kemudian.
Sebenarnya pengertian al-Quran itu sendiri sangat luas, ia tidak
hanya terpaku pada satu pengertian, masih banyak pengertian lain tentang
al-Quran menurut para ahli, namun yang paling mendekati dan sesuai dengan para
ahli adalah pengertian seperti yang sudah disebutkan tadi. Demikian sekilas
tentang pengertian al-Quran menurut bahasa dan istilah, semoga memberikan
manfaat bagi pembaca sekalian.
Solat adalah pendinding diri seorang muslim.Antara menjaga solat ialah
solat yang ditunaikan dengan khusyu’ dan penuh tawadhu’ ia akan menghalang diri
seseorang dari melakukan perkara-perkara yang mungkar. Allah swt telah
berfirman bahawa
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji ( Feshya’ ) dan
perbuatan mungkar “surah al- Ankabut : 45 .
Ini merupakan satu jaminan daripada Allah swt kualiti solat. Dengan
memahami erti setiap yang dilafazkan dalam solat serta memahami setiap
perbuatan dalam solat merupakan jaminan seseorang itu dipelihara
oleh Allah SWT dan dapat menghalang daripada melakukan
perkara-perkara mungkar . Ini diperakui oleh Rasulullah saw berdasarkan
sebuah hadith:
“Sesungguhnya ada seorang yang bersolat pada waktu malam ,Apabila waktu
pagi dia mencuri , baginda menjawab “Sesungguhnya apa yang dibaca
(solat)
akan mencegahnya.
PERANAN AL-QURAN DALAM MENGATASI KEBEJATAN SOSIAL :
1. TUNTUTAN DALAM MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH.
Melaksanakan perintah Amar Makruf Nahi Mungkar.Seterusnya, sebagai
seorang muslim, kita perlulah peka dan prihatin terhadap apa yang dilakukan
oleh anggota masyarakat. Seseorang yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan
hari akhirat perlulah melaksanakan tindakan menyeru kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Itulah tugas seorang muslim yang dituntut
oleh Allah SWT untuk dilaksanakan sama ada secara individu atau secara
bekerjasama. Allah SWT pernah berfirman bahawa:
“ Dan hendakalah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang
baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka
yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya “.‘Surah Ali-An
Imran:104’.
Selain itu, seorang muslim yang melihat kemungkaran di hadapan
matanya hendaklah mengambil tindakan menghalangnya dengan kuasa (tangan) jika
dia memiliki kuasa itu. Jika tidak, dia hendaklah menegur dengan lisannya untuk
memperbetulkan kemungkaran.
2. CARA PEMAKAIAN YANG DITUNTUT DALAM ISLAM.
Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda masakini cukup
memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya
melayu sekaligus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan oleh agama
islam. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden
dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno
dan berfikiran sempit. Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa
mereka ada memainkan peranan dalam melonjakan jumlah kes rogol dan seks bebas.
Kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah dengan aturan dan garis
panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan.
Firman Allah s.w.t
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
serta perempuan- perempuan yang beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya
bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara itu lebih sesuai
untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik), dengan itu mereka itu
tidak diganggu dan ingatlah Allah amat pengampun lagi amat mengasihani.”
Al-Ahzab : Ayat 59
Oleh sebab itu islam menyuruh umatnya untuk menutup aurat dengan betul
agar tidak dapat menimbulkan fitnah malah untuk mengelakkan dari pada maksiat
dan godaan syaitan. Hal ini juga dapat mengelak daripada terpengaruh budaya
barat dan gejala sosial yang tidak sepatutnya berlaku
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan
mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba
mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang
aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang
akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah
An-Nur : Ayat 31)
Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Islam adalah agama yang
mementingkan keselamatan harta benda dan jiwa raga. Islam telah menggariskan
beberapa panduan khususnya pada wanita supaya menjaga aurat daripada tercebur
ke lembah perzinaan demi untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di
dunia dan akhirat.
Perintah Allah.
Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang diperuntukan menerangkan
suruhan Allah kepada umat Islam supaya:
·
Menutup
aurat
·
Melihat
kehormatan
·
Menjaga
aurat di dalam tiga masa
·
Menjada
suara ketika berhadapan dengan lelaki asing
·
Meminta
sesuatu melalui belakang tabir
·
Membincangkan
mengenai suruhan yang pertama iaitu suruhan menutup aurat sinonimnya dikaitkan
dengan wanita. Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib
tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang
dituntut oleh Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah
mempersendakan hukum atau syariat Islam
3. Pemeliharaan Akal (حفظ العقل)
Akal merupakan satu nikmat pemberian oleh Allah kepada manusia. Dengan
akal, manusia dapat berfikir tentang Allah dan hikmah penciptaan alam semesta.
Lantas membezakan mana kaca mana permata, yang mana hak dan mana batil serta
dapat menjalani kehidupan dengan lebih teratur dan harmoni. Manakala tanpa akal
fikiran, manusia tidak bisa dibezakan dengan haiwan bahkan keadaan orang yang
tidak menggunakan akal fikiran mengikut haluan syara lebih teruk dan hina
daripada haiwan ternakan! Namun begitu, akal manusia bersifat terbatas, dan
keterbatasan itu tidak menjadikan umat Islam sebagai pemakmur dunia yang lemah.
Bahkan menyebabkan manusia sangat bergantung kepada burhan, atau dalil dan
petunjuk daripada Allah melalui al-Quran dan juga al-sunnah seterusnya terus
berada di jalan yang benar. Mana mungkin kita fikirkan bagaimana langit itu
diciptakan tanpa tiang, sedangkan Allah Maha Kuasa Lagi Maha Kuat untuk
menjadikan segala sesuatu. Setiap umat Islam wajib mensyukuri nikmat Allah ini
dan memeliharanya sebaik mungkin supaya umat Islam menjadi umat yang cerdik,
bijaksana dan berdaya upaya yang tinggi.
Cara Memelihara Akal :
1) Dari Segi WujudAkal manusia telah sedia ada wujud sejak mula
diciptakan. Maksud memelihara akal dari segi wujud ini adalah bagaimana
cara manusia untuk sentiasa menghidupkan akal, dan menyuburkannya supaya tidak
lumpuh dan beku.
a) Kewajipan menuntut ilmuSetiap umat Islam diwajibkan menuntut ilmu
Allah tidak kira ilmu dalam bidang apa sekalipun. Ini kerana asas dan sumber
kepada setiap ilmu adalah daripada Allah, dan wajib bagi kita untuk
menyandarkan semua yang telah dipelajari kepada-Nya dengan matlamat untuk mencapai
keredhaan Allah di samping membantu manusia lain. Hadith Nabi dari
riwayat yang sahih : طلب العلم فريضة على كل مسلم yang bermaksud:
menuntut ilmu itu merupakan satu kefardhuan atas setiap muslim (sama ada lelaki
atau perempuan.)
Orang yang berilmu dan memanfaatkan ilmu pada jalan yang benar, serta
membantu manusia berdasarkan ilmu yang diperolehi akan dikurniakan nikmat dan
ganjaran yang besar dan berterusan daripada Pemilik Segala Ilmu. Dalam al-Quran
juga banyak menyebut tentang orang yang berilmu (أفلا يعلمون), orang yang
berakal (أفلا تعقلون), orang yang bertadabbur (أفلا تتدبرون), orang yang
berfikir (أفلا تتقكرون) dan semuanya berkaitan dengan akal manusia supaya
digunakan untuk berfikir berdasarkan ilmu. Sesungguhnya, amatlah berbeza bagi
orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui sepertimana yang Allah
firmankan dalam al-Quran. Lantas, ia mengelakkan akal dari beku dan kaku bahkan
dapat menghasilkan minda muslim yang produktif!
b) Menyubur dan meningkatkan ilmu pengetahuanKepentingan menghidupkan
akal dengan ilmu telah dibuktikan dengan beberapa ayat al-Quran yang menyatakan
bahawa orang berilmu akan diberi kebaikan kepada si penuntut ilmu. Hadith
Nabi Muhammad s.a.w berbunyi :
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
yang bermaksud "sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya,
nescaya Allah menjadikannya faqih pada agamanya."
Ini juga merupakan satu bentuk jaminan bahawa sesiapa yang menuntut
ilmu dan faqih terhadap apa yang dipelajari, maka akan mendapat kebaikan di
dunia dan akhirat dengan izin Allah. Akal yang sihat dan waras akan sentiasa
haus dengan ilmu yang pastinya tidak akan habis. Jika kehidupan tidak
dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, maka umat Islam akan terpedaya dengan
kehendak dan tuntutan dunia dan seterusnya merugi dan mensia-siakan nikmat akal
yang telah Allah kurniakan.
2) Dari Segi 'AdamiBagaimana cara kita mensyukuri dan memelihara akal
daripada rosak dan tidak berguna?
a) Tidak meminum arak, dadah dan seumpamanya.Arak diharamkan dalam
Islam kerana ia membawa seribu satu kemudharatan kepada manusia. Bermula dengan
khayal, kemudian tidak tahu apa yang diucap, bertelingkah, bergaduh, bunuh
membunuh, berzina dan menghina Islam! Semuanya dalam keadaan yang tidak
terkawal. Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 90 :
Bermaksud : Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya meminum arak,
berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib, adalah termasuk dalam
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh
kejayaan.
Jika difahami, orang yang menjauhi perkara-perkara ini akan mendapat
keuntungan dan kejayaan di sisi Allah. Sebaliknya, orang yang meminum arak dan
berjudi sudah tentu akan gagal dan akan menanggung kemelesetan dalam hidupnya
di dunia.
b) Tidak memikirkan perkara-perkara yang lagha dan maksiat.Orang yang
selalu memikirkan dan berkhayal tentang sesuatu perkara yang buruk (maksiat)
boleh menyebabkan matinya akal. Tidak kuat ingatan, sukar untuk menghafal
sesuatu dan sering gagal dalam kehidupan antara beberapa kesan jika seseorang
yang lalai terus dibuai mimpinya. Ilmu itu adalah nur, dan nur tidak akan masuk
ke dalam hati orang yang bermaksiat. Justeru, akal akan mati, iman akan
terkubur.
PENJELASAN TENTANG AL-QURAN
Menurut Imam al-Ghazali ‘aql adalah sumber bagi ilmu dan asas ilmu.
Maka ilmu dinisbahkan kepada ‘aql adalah seumpama buah bagi pokok, atau cahaya
bagi matahari, atau melihat bagi mata. Justeru, salah satu maksud ‘aql yang
ditakrifkan oleh al-Ghazali ialah “mengetahui hakikat sesuatu perkara.”
(al-Ghazali ,1987, j1 : 5). Takrifan seperti ini adalah merujuk kepada hasil
daripada sesuatu perkara itu. Maka ilmu itu adalah hasil daripada kewujudan
akal yang mana dengan ilmu itu manusia boleh membezakan mana yang baik dan mana
yang buruk, seterusnya memilih untuk melakukan yang baik atau yang buruk. Pada
peringkat ini seseorang manusia itu selalunya akan berperang dengan nafsunya
dalam memilih mana yang mahu dibuat, kerana kemahuan akal yang dibantu oleh
ilham malaikat itu mahu melakukan kebaikan tetapi kemahuan nafsu yang disokong
pula oleh was-was syaitan mahukan sebaliknya. Dalam keadaan sedemikian
sekiranya seseorang itu menggunakan daya akal untuk melawan, mengawal dan
bermujahadah terhadap hawa nafsunya maka hatinya akan menjadi tempat penurunan
malaikat untuk mencampakkan ilham yang memberikan kebaikan kepadanya sama ada
dalam bentuk peringatan, panduan atau makluman. (Mohd Sulaiman Yasin, 1992:
191) Ulama juga membahagikan ‘aql kepada dua jenis iaitu ‘aql taklifi dan ‘aql
syar’i. Aql taklifi (akal yang menerima bebanan hukum) dimiliki oleh semua
manusia selagi ia tidak gila, dan dengan adanya akal itu maka manusia menjadi
mukallaf. Ini adalah peringkat aql yang paling rendah. ‘Aql syar’i pula ialah
aql yang dimiliki oleh manusia yang mampu mengawal nafsunya kepada taat pada
Allah, di samping mengenal Tuhannya dan tunduk kepadaNya. Dalam keadaan manusia
ini, berlaku pertembungan antara kemahuan nafsu dan kemahuan akalnya maka
apakah yang seharusnya dia buat untuk menjauhkan dirinya daripada maksiat
tersebut. Said Hawwa menjelaskan dalam masalah ini, katanya “Terdapat beberapa
perkara, sama ada dia meningkatkan cahaya hatinya, meninggikan kejiwaannya,
mengikuti jalan yang betul untuk memenuhi syahwatnya dalam batas-batas yang
dibenarkan, ataupun dia mengendurkan dorongan syahwatnya dengan cara latihan
seperti mengawal pemakanan, memenatkan tubuh badannya, mengurangkan
makan,Peranan Kerohanian Dalam Menangani Gejala sosial menjauhkan diri daripada
faktor-faktor yang menaikkan nafsu dan sebagainya, semua itu adalah sebahagian
daripada rawatan bagi Muslim mengatasi maksiat, dan menang melawan maksiat itu
sebenarnya adalah aql.” (Said Hawwa, 1999: 49) Inilah aql syar’ i yang perlu
ada pada diri setiap Muslim bagi mengatasi maksiat.
Kaedah Al-Quran Dalam
Menangani Masalah Kebejatan Sosial
Imam al-Ghazali (2012) menyatakan akhlak yang paling utama ialah
kebijaksanaan dalam mengendalikan diri seseorang daripada hawa nafsu, jiwa yang
dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk mencapai hikmah, keberanian,
iaitu teguh hati dalam membela dan mempertahankan kebenaran, tidak berundur
apabila dicela dan tidak meninggi diri apabila dipuji. Dalam pembangunan dan
pembentukan akhlak pula, Imam al-Ghazali meletakkan lima faktor yang boleh
mempengaruhi akhlak seseorang iaitu, pembersihan jiwa, melawan hawa nafsu,
melazimi amalan kebaikan, membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang
buruk dan pengawasan diri terhadap Allah. Zarina dan Basirah (2012) mengulas bahawa
isi kandungan alQuran juga merupakan suatu cara untuk seseorang memulihkan diri
daripada sifat keji dan menggantikannya dengan sifat yang terpuji. Terdapat
beberapa kaedah pemulihan yang
digariskan oleh al-Quran antaranya yang ialah metode pencegahan dan pengawalan,
pengubatan dan rawatan serta bimbingan dan pembinaan. Arifin Mamat (2008)
menkategorikan manusia menurut al-Quran kepada muslimun, mu’minun, muttaqun,
muhsinun, salihun, sabirun, taibun dan mukhlisun. Berdasarkan ketegori ini
al-Quran mempunyai pendekatan yang mampu mengubah jiwa dan menjadikan hidup
manusia berjaya di dunia dan akhirat. Pendekatan utama yang digunakan oleh
alQuran ialah pendekatan fitrah dan keperluan, ilmu dan pendidikan, pemikiran
dan ibadah (Arifin Mamat, 2008). Melalui pendekatan fitrah dan keperluan,
manusia percaya kepada kewujudan Tuhan dan berkehendakkan kepada bantuan kuasa
tertentu terutamanya ketika dalam kesusahan. Firman Allah SWT (Al-Fatihah 1: 5)
Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Serta firmanNya lagi (Al-Isra’17:67)
mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Justeru ilmu dapat mengeluarkan manusia daripada kesesatan dan seterusnya mendapat ketenangan jiwa. Segala tekanan yang dihadapi tidak lagi dijadikan sebab untuk menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan atau masalah sosial. Sebaliknya, iman menjadikan insan yakin sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Penyuburan iman dilakukan dalam beberapa kaedah iaitu melakukan amal soleh, melazimi sunnah baginda Rasulullah s.a.w, memupuk hubungan yang baik dengan masyarakat sekitar, melatih diri untuk berakhlak mulia serta berada dalam lingkungan orang yang soleh. (al-Qurtubi 2009) Seterusnya ialah pendekatan pemikiran iaitu tuntutan supaya manusia berfikir kerana ini adalah cara untuk sampai kepada kebenaran dan iman. Ketika berfikir manusia perlu melalui dua proses iaitu mendengar dan memahami. Oleh kerana itu terdapat manusia yang melakukan kesalahan akan menyesal kerana apabila sampai kepada mereka seruan untuk kebaikan mereka tidak mahu mendengar dan memahami. Firman Allah SWT (Al-Mulk 67:10) Maksudnya: Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka". Oleh kerana itu jugalah al-Quran menyamakan orang yang tidak berfikir iaitu yang tidak mahu menggunakan pancaindera untuk mendapatkan kefahaman yang benar seperti binatang kerana mereka boleh memilih untuk berbuat maksiat ataupun sebaliknya tetapi tidak berbuat sedemikian.
mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Justeru ilmu dapat mengeluarkan manusia daripada kesesatan dan seterusnya mendapat ketenangan jiwa. Segala tekanan yang dihadapi tidak lagi dijadikan sebab untuk menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan atau masalah sosial. Sebaliknya, iman menjadikan insan yakin sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Penyuburan iman dilakukan dalam beberapa kaedah iaitu melakukan amal soleh, melazimi sunnah baginda Rasulullah s.a.w, memupuk hubungan yang baik dengan masyarakat sekitar, melatih diri untuk berakhlak mulia serta berada dalam lingkungan orang yang soleh. (al-Qurtubi 2009) Seterusnya ialah pendekatan pemikiran iaitu tuntutan supaya manusia berfikir kerana ini adalah cara untuk sampai kepada kebenaran dan iman. Ketika berfikir manusia perlu melalui dua proses iaitu mendengar dan memahami. Oleh kerana itu terdapat manusia yang melakukan kesalahan akan menyesal kerana apabila sampai kepada mereka seruan untuk kebaikan mereka tidak mahu mendengar dan memahami. Firman Allah SWT (Al-Mulk 67:10) Maksudnya: Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka". Oleh kerana itu jugalah al-Quran menyamakan orang yang tidak berfikir iaitu yang tidak mahu menggunakan pancaindera untuk mendapatkan kefahaman yang benar seperti binatang kerana mereka boleh memilih untuk berbuat maksiat ataupun sebaliknya tetapi tidak berbuat sedemikian.
.
Justeru al-Quran menyuruh manusia supaya berfikir dan menggunakan kurniaan Allah SWT agar mereka dapat menghindarkan diri daripada kejahatan yang akibatnya akan memusnahkan diri mereka sendiri. Pendekatan terakhir yang dikemukakan oleh al-Quran ialah ibadah. Imam al-Ghazali (2012) menyatakan bahawa ibadah adalah satu-satunya jalan menuju Allah SWT. Dalam melaksanakannya, manusia akan berhadapan dengan pelbagai penghalang yang menjadikan ia satu perjalanan yang panjang lagi merumitkan. Ibadah adalah satu kaedah untuk melatih diri manusia berakhlak dengan akhlak mulia serta latihan untuk menenangkan jiwa. Ia perlu dibiasakan dan diamalkan dalam kehidupan seharian sehingga membentuk perilaku dan jiwa seseorang. Ini adalah antara hikmah pensyariatan ibadah solat, puasa, zakat dan haji ke atas seorang Muslim. Dengan melakukan ibadah ini berpandukan aturan yang ditetapkan, maka seorang Mukmin terdidik untuk mentaati Allah SWT, mematuhi perintah-Nya, bersabar dalam kehidupan, bermujahadah menentang nafsu, berkasih sayang sesama manusia serta saling bekerjasama. Firman-firman Allah SWT ini menunjukkan kepentingan ibadah dalam membina jati diri yang kukuh. Seperti firmanNya (Al-Fatihah 1:5-7) Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An’am 6:162) Kesimpulannya ibadah mampu membentuk personaliti insan yang baik dan akhlak terpuji yang bermatlamat untuk membangun masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai hala tuju dalam kehidupan. Jelaslah bahawa al-Quran merupakan sebaik-baik penyelesaian kepada masalah manusia kerana ia mengemukakan solusi yang baik.
Justeru al-Quran menyuruh manusia supaya berfikir dan menggunakan kurniaan Allah SWT agar mereka dapat menghindarkan diri daripada kejahatan yang akibatnya akan memusnahkan diri mereka sendiri. Pendekatan terakhir yang dikemukakan oleh al-Quran ialah ibadah. Imam al-Ghazali (2012) menyatakan bahawa ibadah adalah satu-satunya jalan menuju Allah SWT. Dalam melaksanakannya, manusia akan berhadapan dengan pelbagai penghalang yang menjadikan ia satu perjalanan yang panjang lagi merumitkan. Ibadah adalah satu kaedah untuk melatih diri manusia berakhlak dengan akhlak mulia serta latihan untuk menenangkan jiwa. Ia perlu dibiasakan dan diamalkan dalam kehidupan seharian sehingga membentuk perilaku dan jiwa seseorang. Ini adalah antara hikmah pensyariatan ibadah solat, puasa, zakat dan haji ke atas seorang Muslim. Dengan melakukan ibadah ini berpandukan aturan yang ditetapkan, maka seorang Mukmin terdidik untuk mentaati Allah SWT, mematuhi perintah-Nya, bersabar dalam kehidupan, bermujahadah menentang nafsu, berkasih sayang sesama manusia serta saling bekerjasama. Firman-firman Allah SWT ini menunjukkan kepentingan ibadah dalam membina jati diri yang kukuh. Seperti firmanNya (Al-Fatihah 1:5-7) Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An’am 6:162) Kesimpulannya ibadah mampu membentuk personaliti insan yang baik dan akhlak terpuji yang bermatlamat untuk membangun masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai hala tuju dalam kehidupan. Jelaslah bahawa al-Quran merupakan sebaik-baik penyelesaian kepada masalah manusia kerana ia mengemukakan solusi yang baik.
KESIMPULAN
Kesimpulannya adalah untuk mengatasi masalah gejala sosial di kalangan
remaja malahan seluruh pelusuk umat Islam, Al Quran adalah sebaik-sebaik
panduan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini kerana AL Quran sangat
berperanan dalam mewujudkan situasi yang aman dan harmoni di segenap masyarakat
dan mampu mengatasi segala permasalahan social dikalangan masyarakat. Selain
itu manusia juga harus berusaha untuk mendalami Al Quran jika ingin mencari
jalan penyelesaian sesuatu perkara dan tidak lupa dan ingkar akan segala
perintah Allah seperti yang telah dinyatakan iaitu mendirikan solat , menutup
aurat dan sebaigainya. Hal ini dipertengahkan kerana jika seseorang itu ingin
menemui jalan penyelesaian sesuatu masalah, seseorang itu perlu mendekati
dahulu diri dengan Allah. Hal ini dapat dianalogikan semakin jauh dahi kita
dengan sejadah, semakin hampirlah diri kita dengan masalah. Oleh yang demikian,
umat Islam haruslah menjadikan Al Quran sebagai panduan agar segala
permasalahan social dapat diatasi dengan lebih efektif. Sebagai rumusan
kaedah atau manhaj al-Quran dalam membaiki jiwa insan yang rosak adalah
pendekatan yang terbaik. Kedua-dua pusat perlindungan yang menggunakan kaedah
al-Quran dalam merawat masalah sosial dalam kalangan pelatih remaja dilihat
berjaya dalam membantu menangani remaja yang mempunyai masalah sosial. Kaedah
utama iaitu merawat iman dan hati dianggap asas utama dalam memperbaiki jiwa
manusia. Al-Quran mengemukakan pelbagai jalan penyelesaian bagi segala masalah
yang dihadapi oleh manusia khususnya masalah jiwa. Pendekatan yang digunakan oleh
pusat-pusat rawatan yang diambil daripada al-Quran membuktikan bahawa al-Quran
mengemukakan sumber utama dalam penyelesaian masalah manusia. Pendekatan
ibadah, taat, bi’ah salihah, qudwah hasanah,niat dan doa merupakan di antara
pendekatan yang unik yang diambil melalui al-Quran. Justeru manusia hendaklah
sentiasa kembali kepada al-Quran apabila menemui jalan buntu dalam merungkaikan
kekusutan fikiran. AlQuran adalah sebaik-baik tempat rujukan manusia yang ingin
kembali ke jalan yang benar.Pegangan mereka terhadap AL-Quran begitu tinggi
sehinggakan mereka dapat mengatasi masalah kebejatan sosial berdasarkan peranan
AL-Quran.Sikap mereka yang taat kepada ALLAH S.W.T menjadikan mereka mendapat
memamahi maksud tersirat di dalam AL-Quran dan menterjemahkan ke dalam
kehidupan realiti.Perkara di atas menjadikan masyarakat mempunyai akhlak mulia
dan terpuji. Benarlah bahawa peranan AL-Quran dapat mengatasi masalah kebejatan
sosial. Dikesempatan ini kita sebagai seorang muslim perlu menghayati
peranan AL-Quran seperti tokoh ilmuan terdahulu. AL-Quran dapat membentuk
sahsiah diri dan membuka minda ke arah yang lebih baik. Al-Uuran mengajar kita
supaya melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan laranganNya. Di zaman
kini , kita perlu merujuk kembali AL-Quran dan Hadis supaya kita dapat
mengangkat darjat Islam yang kini kian jatuh. Kita juga perlu menjadikan
AL-Quran dan Hadis adalah sumber rujukan utama dalam kehidupan kerana ia merupakan
sumber yang sangat tepat.
SEKIAN TERIMA KASIH💌🤟
