Monday, January 28, 2019



PENGAJIAN MALAYSIA
TAJUK: ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

DKA 1B



NAMA AHLI:

            

NORHAYATI BINTI ABDUL AZIZ

02DKA18F2001
AIN QISSTINA BINTI JOHARI
02DKA18F2003
NURUL ADIBAH BINTI ABU SAMAH
02DKA18F2007
NURAINA SAIYIDAH BINTI AHMAD
02DKA18F2021

MISYANI HANISAH BINTI MOHD
02DKA18F2031

NURDALIA BINTI MOHD RAFLE
02DKA18F2053

NUR FARHADA BINTI HASHIM
02DKA18F2057






PENGENALAN

Pengetahuan asas yang berkaitan dengan dasar Malaysia, iaitu hal ehwal serantau dan dunia, isu-isu semasa yang melibatkan hubungan antarabangsa Malaysia, isu pembangunan alam sekitar di Malaysia, serta isu pembangunan insan dan sistem pendidikan di Malaysia adalah amat penting. Oleh yang demikian, ketiga-tiga aspek asas tersebut menjadi isu utama untuk menunjukkan keprihatinan sebagai seorang asas tersebut menjadi utama untuk menunjukkan keprihatinan sebagai seorang warganegara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, sewajarnya kita dapat mengetahui serta menjelaskan dengan tepat berhubung isu-isu semasa.

Secara umumnya, tujuan Malaysia membina hubungan dengan negara luar adalah seperti yang berikut:
(a) Manjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di                               arena antarabangsa
(b) Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia
(c) Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan da kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam hal ehwal dalaman negara lain
(d) Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa
(e) Mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang
(f) Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain


5.1 Dasar Malaysia tentang Hal Ehwal Serantau dan Dunia

Kesemua Negara didunia mempraktikan premis tersebut dalam penggubahan dasar luar hubungan dengan negara lain. Hubungan dengan negara luar sangat penting untuk menjamin pertahanan, keselamatan dan kedaulatan negara, pembangunan ekonomi secara kerjasama antarabangsa. Bagi Malaysia, amat penting agar usaha serta langkah yang kita ambil adalah berpandukan objektif menjamin keselamatan serta kemakmuran negara  dan juga menentukan keamanan dirantau Asia Tenggara terus berkekalan.

Kejayaan negara mengadakan hubungan baik dengan negara luar menyebabkan Malaysia terkenal di seluruh dunia. Harus ditekankan bahawa kepentingan negara kita sebenarnya amat meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan semata-mata bahkan melibatkan juga kegiatan ekonomi negara. Kedaulatan negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan antarabangsa.

Menyedari betapa pentingnya negara terus maju dan produktif, kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan bercorak antarabangsa. Sektor pembuatan merupakan tunggak utama ekonomi negara dihasilkan adalah untuk dieksport. Malaysia perlu mejalinkan hubungan baik dengan dunia luar. Kedaulatan negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan antarabangsa. Oleh itu, pengendalian dasar luar negara perlulah bercerminkan keadaan yang sedemikian rupa. Justeru, Malaysia lantang menyuarakan idea di persada antarabangsa. Malaysia juga bekerjasama dengan negara-negara dunia dalam usaha mengutarkan kedudukan kita berasaskan kepentingan negara.


PERANAN ASEAN

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok. Penubuhannya bertujuan mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November. Negara-negara anggota bagi ASEAN ialah Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Singapora, Thailand dan Vietnam. Kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara anggota ASEAN adalah untuk mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian kerjasama dari segi aspek ekonomi, politik, social dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan serta kepentingan social.

Prinsip-prinsip utama ASEAN adalah seperti yang berikut:
a) Saling menghormati kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integrity jajahan dan identity nasional semua Negara
b) Memberi hak kepada setiap Negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversive atau paksaan (coercion)
c) Melakukan perbincangan dan penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
d) Menolak sebarang penggunaan ketenteraan sekiranya terdapat persengkataan
e) Melakukan kerjasama efektif antara Negara anggota

Matlamat utama penubuhan ASEAN adalah seperti yang berikut:
a) Mempercepat pertubuhan ekonomi, kemajuan social dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara
b) Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
c) Meningkatkan kerjasama dan bantuan antara anggota ASEAN dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan
d) Meningkatkan taraf hidup rakyat Negara anggota melalui kerjasama dalam sector pertanian dan perdagangan
e) Mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain

Antara persetujuan yang telah dibuat dalam bidang keselamatan ialah menerima konsep South East Asia Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ) iaitu menjadikan rantau ASEAN bebas dari tenaga nuklear. ASEAN juga bersetuju menerima konsep Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZONPFAN) iaitu bebas dari persaingan kuasa besar. Menubuhkan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) iaitu perkongsian kepakaran untuk dipelajari oleh para pelajar dari Negara anggota. Dalam bidang kebudayaan, telekomunikasi dan kesenian, pelbagai kerjasama telah dilaksanakan.

Antaranya ialah Sukan SEA, Pesta Filem ASEAN, Pesta Kebudayaan ASEAN, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio antara RTM dengan TVRI dan RTB. Kerjasama dalam bidang ekonomi, penyelidikan dan perubatan pula merangkmi penubuhanMajlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council), perlaksanaan projek-projek perindustrian seperti projek baja urea, projek vaksin Hepatitis B, denggi dan Coxsakie B.


Gambar 5.1 Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN, 2015


Peranan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)

Pertubuhan persidangan Negara-negara Islam atau Organisation Of Islamic Conference (OIC) telah ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan  Malaysia. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi. Pertubuhan ini terdiri daripada gabungan 57 buah negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari Negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan.


Gambar 5.2  LOGO OIC


Pertubuhan OIC bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua Negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pendidikan dan sebagainya. Malaysia merupakan salah sebuah negara pengasas OIC yang sentiasa terlibat secara aktif dalam segala aktivitinya. Malaysia sentiasa prihatin dengan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada negara Islam dan umatnya di seluruh dunia. Hal ini sejajar dengan dasar kerajaan yang memberikan keutamaan terhadap penglibatan Malaysia dalam hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan ummah.

Malaysia amat giat dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank pembangunan Islam (IDB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam. Antara peranan Malaysia ialah mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan, menyokong perjuangan rakyat Palestin, mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Hersegoniva serta membangunkan ekonomi dan social Afrika, iaitu dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan di negara itu.

Malaysia juga telah membuat pelaburan dalam industri minyak dan gas di beberapa buah negara OIC seperti di Iran. Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara Islam, Malaysia telah menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran (pertandingan membaca al-Quran) pada setiap tahun. Usaha ini diteruskan lagi dengan mengadakan program Nida UI Islam sebagai langkah untuk menyebarluaskan dakwah Islam ke seluruh dunia.
Malaysia juga telah diberi kepercayaan untuk menubuhkan dan menerajui The Eminent Persons Group yang bertujuan menyediakan pelan tindakan bagi membolehkan umat Islam menghadapi cabaran abad ke-21. Selain itu, Malaysia juga telah menyediakan pelan komprehensif bagi mempromosi secara menyeluruh tentang polisi dan program perpaduan ummah, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan usaha mempromosikan kesederhanaan Islam.

Empat jawatankuasa kerja telah ditubuhkan bagi melaksanakan tindakan bagi susulan Deklarasi Putrajaya, iaitu masing-masing mengenai perdagangan dan pelaburan, sains dan teknologi serta pendidikan dan penerangan. Melalui jawatankuasa kerja ini, pelbagai aktiviti yang bersesuaian dapat dilaksanakan untuk meningkatkan keupayaan negara-negara Islam dan seluruh umatnya.

Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat khas pada peringkat menteri luar OIC mengenai Timur Tengah pada April 2004. Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan masalah di Palestin dan Iraq. Usaha  Malaysia mengadakan mesyuarat tersebut telah membuktikan kesungguhan Malaysia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda Timur Tengah. Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa negara-negara anggota OIC perlu menentukan apa-apa yang hendak dilakukan bagi membebaskan ummah daripada belenggu kemiskinan ilmu pengetahuan, harta dan sebagainya. Perdana Menteri menggariskan sembilan tindakan yang sangat perlu dilaksanakan seperti yang berikut:


(a) Usaha memupuk perpaduan yang berterusan dalam kalangan negara anggota serta rakyatnya, iaitu member penekanan kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpaduan dan bukannya hal-hal ysng boleh menjejaskan perpaduan.
(b)  Perlu melaksanakan langkah-langkah untuk membina keupayaan bagi membolehkan semua orang, terutamanya wanita menyedari potensi mereka sepenuhnya.
 (c) Menggunakan semua sumber yang ada menerusi langkah-langkah yang konkrit dan inovatif.
(d) Mengukuhkan rangkaian perdagangan dan ekonomi dalam kalangan negara anggota secara serius sebagai satu bentuk memanfaatkan proses globalisasi seterusnya bergerak kearah arus perdana ekonomi global.
(e) Perlu ada peraturannya yang lebih baik dalam usaha memerangi rasuah, memupuk urus tadbir yang baik, peningkatan ketelusan dan akuantabiliti.
(f) Bersungguh-sungguh meyakinkan dunia bahawa Islam ialah agama yang toleran, mencintai keamanan dan penuh kesederhanaan.


PERANAN KOMANWEL & NAM

KOMANWEL

lambang komanwel

bendera komanwel


PENGENALAN

Merupakan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh British  kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium). Bukan semua ahlinya mengiktiraf Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara.  

 SEJARAH PENUBUHAN:

Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea LORD ROSEBURY. Merupakan pertubuhan negara-negara yang pernah dijajah oleh British. Syarat-syarat keahlian Komanwel mestilah sebuah negara merdeka, persamaan taraf dan taat setia kepada raja British. Dianggotai oleh 49 buah negara termasuk Malaysia.

PERANAN MALAYSIA DALAM KOMANWEL:

Bangkitkan isu ekonomi untuk tingkatkan taraf hidup rakyat. Bekerjasama dalam bidang pertahanan, perusahaan, pertanian, pendidikan & perdagangan. Bangkitkan isu kemanusiaan termasuk isu hak asasi manusia

RANCANGAN @ TINDAKAN KERJASAMA NEGARA:

Penubuhan tabung antarabangsa. Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara maju & sedang membangun. Pengurangan pencemaran laut. Cara mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.

PERANAN KOMANWEL

Malaysia telah megutarakan beberapa isu. Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989. Dalam persidangan ini, selain membincangkan isu Aparteid, kemerdekaan Namibia,masalah dadah,kebuluran dan kemiskinan di Afrika Selatan, ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat,konflik Afghanistan dan Kampuchea. 


KESAN POSITIF:

Bantu membangunkan program sukan negara. Melahirkan ramai bintang sukan bertaraf dunia. Menyediakan peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sukan. Mempromosikan negara ke seluruh dunia melalui penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.

KESAN NEGATIF

Mementingkan keuntungan dan mengetepikan nilai-nilai murni yang ingin dibentuk melalui sukan. Melahirkan atlet yang kurang jati diri.


   

  
LATAR BELAKANG

Mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama. Diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia dan Presiden Ghana. Sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 buah negara yang tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa. Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti & keselamatan negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan daripada bangsa-bangsa asing, pekerjaan dan dominasi kuasa serta kumpulan politik.

PENGENALAN

Selepas perang dunia kedua wujud dua blok di dunia – Blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Blok Komunis yang diketuai oleh Rusia – Permulaan Perang Dunia. Selain blok ini wujud juga negara-negara berkecuali – NAM. NAM terdiri daripada negara sedang membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin. NAM telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 dengan 25 keahlian.

TONGGAK ASAS (PANCHSEEL)

Hormati integriti kawasan. Saling tidak menceroboh antara negara. Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan. Mewujudkan kesamaan & menguntungkan. Mewujudkan keamanan.

TUJUAN UTAMA NAM:

Wujudkan kerjasama yang erat dalam kalangan negara. Menjadi medan diskusi bagi negara. Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi. Memperjuangkan kepentingan negar-negara sedang membangun. Menekankan hal ehwal yang berkaitan dengan isu ekonomi. Mewujudkan muafakat dan kerjasama dalam kalangan anggota NAM. Meningkatkan penguasaan ekonomi dan daya saing NAM.

5.1.5  PERANAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua. Pertubuhan ini dianggotai oleh negara-negara di seluruh dunia. Secara umumnya, penubuhan PBB bertujuan mengelakkan pertikaian yang hebat, menegaskan  hak-hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat kepada undang-undang antarabangsa serta memperbaiki taraf hidup di seluruh dunia. Matlamat penubuhan PBB adalah seperti berikut:

(a) Bagi menjamin, menjaga mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia.
(b) Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.
(c) Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
(d) Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan-tindakan negara anggota (menyelesaikan perselisihan dan tindakan politik.)
(e) Menyatupadukan penduduk dunia.

Malaysia pernah menjadi wakil tidak tetap PBB pada tahun 1965, 1989-1990 dan 1999-2000 dan 16 Oktober 2014.  Peranan Malaysia dalam membuat keputusan di Majlis Keselamatan PBB sangat besar seperti campur tangan ketenteraan Iraq ke atas Kuwait pada tahun 1990 dan Perang Kosovo pada 1998-1999. Di samping itu Malaysia juga begitu konsisten dalam memperjuang banyak isu, misalnya isu senjatan pemusnah dan nuklear, pembangunan mapan dan seimbang serta isu kemanusiaan, khasnya nasib penduduk Palestin. Cabaran sebagai wakil tidak tetap sangat besar bagi Malaysia.

Terdapat lima peranan Malaysia dalam Majlis Keselamatan PBB, iaitu:
(a) Mempromosikan nilai kesedaran (moderasi) pada peringkat global
(b) Mendesak pembangunan kaedah perantara berbanding dengan ketenteraan dalam penyelesaian konflik
(c) Mendokong operasi pengaman secara berterusan
(d) Membantu mempromosikan proses keamanan di negara yang bergolak
(e) Meneruskan perundingan dalam usaha memperbaharui Majlis Keselamatan PBB secara menyeluruh

                     5.2 Konsep Pembangunan dan Alam Sekitar

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang berkembang pesat dan menuju ke arah kemajuan dalam pelbagai bidang. Namun, dalam kepesatan pertumbuhannya itu, kegiatan pembangunan juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan perusahaan atau perkilangan menjadi punca kepada pencemaran udara, manakala pembuangan toksik menjadi punca berlakunya pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan yang giat dijalankan juga mengganggu ekosistem dan boleh mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang boleh mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebangainya. Punca utama kemusnahan alam sekitar ialah sikap manusia yang tidak peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, kurangnya rasa sayang akan alam sekitar, tidak patuh kepada undang-undang, tidak bertanggungjawab dan membuat sesuatu berdasarkan keuntungan semata-mata.

5.2.1  Konsep Pencemaran dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang. Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber asli melalui berbagai-bagai program nasional dan antarabangsa. Contohnya, Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED). Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar.

Malaysia mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk memastikan pembangunan yang mantap dan mekanisme ekonomi yang positif dapat dilaksanakan. Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Kerjasama daripada semua pihak dalam usaha menjaga alam sekitar dapat mencegah berlakunya pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar yang berterusan seperti hakisan tanah serta pencemaran air dan udara.

Pemeliharaan dan Pemuliharaan kualiti Alam Sekitar:

Pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar akan meninggalkan kesan yang negatif bukan sahaja terhadap kesihatan manusia, tetapi kemajuan ekonomi negara. Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan dan kajian dalam dan luar negara. Kemusnahan alam sekitar berpunca daripada kerakusan manusia yang mengutamakan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup memudaratkan orang lain. Oleh itu, setiap individu perlu bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar terutamanya tiga sumber terpenting, iaitu air, udara dan tanah supaya kualiti alam sekitar meningkat, menjadi bersih dan selamat digunakan.

Pertumbuhan industri dan pembandaran yang tidak terkawal juga menyebabkan pencemaransekali gus mengakibatkan kualiti alam merosot. Tiga punca utama pencemaran udara ialah asap kenderaan, stesen jana kuasa serta pembakaran bahan api kilang dan komestik.

Pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta sumber asli turut dititikberatkan di Malaysia. Pengurusan atau pentadbiran amat penting untuk meningkat kualiti alam sekitar dan sumber asli yang mapan. Misalnya, tanah ialah sumber asli yang amat berharga dan perlu diurus secara teliti supaya tidak dibangunkan sewenang-wenangnya sehingga menggugat kualiti alam sekitar dan kemajuan jangka panjang sosioekonomi negara. Kerajaan negeri dengan pembangunan negeri boleh memainkan peranan penting terhadap pembangunan sumber asli.

Umumnya, tujuan dasar negara kita mengenai alam sekitar adalah untuk:
(a) Mencapai alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif untuk generasi kini dan masa depan
(b) Memelihara dan memulihara sumber asli dan warisan kebudayaan negara yang unik dengan penglibatan secara berkesan oleh semua pihak
(c) Menggalakkan cara hidup serta corak penggunaan dan pengeluaran yang sejajar dengan prinsip pembangunan mampan

Langkah-Langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar:

Antara langkah-langkah yang boleh dilaksakan bagi tujuan memelihara dan memulihara alam sekitar adalah seperti yang berikut:

(a) Penghutanan semula

Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu di kawasan penebangan (hutan) supaya kembali seperti hutan. Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan seperti kayu yang bermutu dapat dibekalkan secara berterusan. Kaedah ini perlu dijalankan secara terancang dan sistematik.

Contoh penghutanan semula dilaksakan di Malaysia adalah di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

Gambar 5.4  Kawasan Hutan Paya

(b) Mewartakan hutan simpan dan taman negara
Hutan simpan dan taman negara dapat memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang hampir pupus. Kegiatan pembalakan, penerokaan hutan, dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan tersebut. Contoh hutan simpan dan taman negara yang telah diwartakan adalah seperti berikut :

• Hutan Simpan Hulu Gombak, Selangor
• Hutan Simpan Sepilok, Sabah
• Hutan Simpan Bukit Lama, Sarawak
• Taman Negara Kinabalu, Sabah
• Taman Negara, Pahang

(c) Penanaman berteres
Kaedah penanaman berteres telah dijalankan di kawasan cerun bukit bagi pelbagai jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit dan Teh. Tujuan utama langkah ini dilaksanakan adalah untuk mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit seperti penanaman Teh di Cameron Highlands.

(d) Tanaman tutup bumi
Tanaman tutup bumi seperti tanama kekacang dan rumput ditanam di lereng-lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah.

(e) Penggunaan baja organik
Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Selain menambahkan kesuburan tanah, kos baja organik adalah lebih rendah, tidak perlu diproses dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.

(f) Kaedah biologi
Peladang kelapa sawit di negara ini menggunkan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang akan mencemarkan alam sekitar. Contohnya, di diladang kelapa sawit, ular, burung hantu dan burung helang digunakan untuk menangkap haiwan perosak seperti tikus.

(g) Pertanian tetap
Kerajaan menggalakkan par petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman kepada pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanah.

(h) Melandaikan cerun dan membuat tarahan
Kini, pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun dilakukan dengan lebih terancang untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Kawasan cerun bukit akan dilandaikan terlebih dahulu untuk mengurangkan hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh.

(i) Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit
Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit yang telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanah. Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula diperbaiki melalui
pembinaan longkang konkrit untuk mengelakkan air bertakung dan seterusnya gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.

 Prinsip Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar:

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan penglibatan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak. Malaysia telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani masalah persekitaran. Dalam konteks ini, kerajaan menggariskan beberapa prinsip seperti yang berikut.
(a) Penjagaan alam sekitar
(b) Pemuliharaan kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar
(c) Peningkatan berterusan tahap kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mapan
(d) Kepentinan terhadap persepaduan dalam pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti   dalam sekitar
(e) Iltizam dan akuantabiliti terhadap alam sekitar
(f) Penentuan tentang kesesuaian dan keberkesanan penggunaan sumber-sumber asli
(g) Penglibatan aktif di peringkat antarabangsa
Jadual 5.2 Pengurusan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

Objektif
Memastikan kualiti alam sekitar terpelihara dalam jangka panjang selari dengan usaha meningkatkan pembangunan negara
Meningkat penglibatan kerajaan secara bersepadu dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Program
Strategi
Kualiti udara
Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan Jabatan Pengangkutan Jalan

Mengurangkan pelepasan asap hitam daripada kenderaan berenjin diesel
Menentukan standard pelepasan “50 Hartidge Smoke Units”
Menguatkuasakan undang-undang berkaitan kesalahan alam sekitar seperti pembakaran sisa secara terbuka dan pelepasan efluen
Mencegah pembuangan sisa toksik yang berbahaya serta pencemaran laut secara haram
Pemeriksaan pelepasan asap kenderaan
Mengurangkan kesesakan dan pencemeran, terutama di Lembah Klang dan Kuala Lumpur, di samping meningkat pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) awam

Kualiti Sungai
Aktiviti kesepakatan antara JAS dengan Kementerian Kesihatan, Unit Udara Polis, Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baharu di Putrajaya
Syarikat Penapis Minyak (1990)
Peraturan Akta Kualiti Alam Kekeliling (1985)
Pengawasan Indeks Kualiti Air
Penilaian dan pemeriksaan pembangunan tanah tinggi dan pembukaan tanah
Pengawasan kumbahan domestik
Sepuluh tahun pemuliharaan Sungai Klang
Kempen Cintailah Sungai Kita

Menilai kualiti air sungai mengikut Keperluan Oksigen Bokimia (BOD), Keperluan Oksigen Kimia, Amminiakal Nitrogen, Pepejal Terampai dan tahap hidrogen
Penilaian secara berkesan tinggi dan pembukaan tanah yang menyebabkan pepejal terampai dan perubahan rupa bentuk sungai
Pembentungan
Bahan dan sisi berbahaya
Penguatkuasaan, penyediaan, penguatkuasaan dan pembangunan kimia kimia toksik yang selamat
Pelupusan sisa berbahaya yang bersepadu di Bukit Nenas, Negeri Sembilan
Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT)
Latihan menentu kesan neagtif racun terhadap tanaman melalui Akta Racun Mahkluk Perosak (1974)
Jawatankuasa Teknikal berkenaan Kimia yang diharamkan dan dilarang
Pertubuhan Makanan dan Pertanian
Perkongsian maklumat dan pakar peringkat antarabangsa melalui garis panduan London bagi pertukaran maklumat mengenai bahan kimia yang diharamkan dan dilarang dalam perdagangan antarabangsa, ahli konvensyen basil mengenai pergerakan kimia berbahaya merentasi sempadan pergerakan kimia
Perintah Kastam (1998) mengenai larangan import (1998) larangan eksport

Mengurangkan jumlah sisa bangunan industri
Mengawasi kesan eksplotasi air bawah tanah
Meningkatkan kerjasama badan-badan atau jabatan sehingga di peringkat antarabangsa
Sumber tenaga dan mineral
Pengurusan mampan bahan api fosil seperti minyak gas, arang batu, hidroelektrik, tenaga solar dan “biomas”
Dasar Mineral Negara (1992)
Akta Pembangunan Mineral yang khusus untuk pembangunan cari gali dan melombong (1994)
Model Enakmen Mineral Negeri yang meliputi tatacara yang lebih baik mengenai alam sekitar


Memajukan kuasa hidroelektrik untuk mengoptimum penjanaan elektrik dan meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar
Memajukan projek tenaga solar yang mesra alam sekitar
Menyeragamkan prosedur memelihara alam sekitar
Membaik pulih bekas ikan dan rekreasi
Sumber pantai dan laut
Pemuliharaan kawasan pantai untuk pembiakan ikan
38 buah pulau ditawarkan sebagai taman laut dan 6 buah sebagai kawasan larangan menangkap ika
Taman laut

Memaju dan mengenal pasti lokasi untuk pembangunan pantai yang berkeesan supaya pemeliharaan dilaksana ke atas kawasan tadahan air bagi mengelak banjir kilat

 5.3:KONSEP PEMBANGUNAN INSAN

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, keperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju untuk abad ke-21. Modal insan yang ingin dihasilkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih global dan sering berubah-ubah (Marzita, 2006). Menurut Hasani (2006) Kementerian Pendidikan Malaysia diberikan tugas yang berat sebagai pemimpin yang dapat menghasilkan generasi muda Malaysia berpontensi, mempunyai pelbagai kemahiran serta dapat membentuk cirri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah pendidikan Negara memberikan gambaran yang jelas dalam membentuk individu yang ingin dihasilkan melalui sistem pendidikan iaitu individu yang seimbang dari segi intelektual, emosi, jasmani dan rohani. Ini dapat merupakan tonggak utama dalam pendidikan negara:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara.

5.3.1:SISTEM PENDIDIKAN
Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan wadah atau saluran ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara. Sistem pendidikan di Malaysia terus berusaha memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang sesuai pada masa yang tepat, iaitu sejak lahir hingga ke alam kejaya. Kerajaan telah melakukan transformasi dalam sistem pendidikan negara. Struktur sistem pendidikan di Malaysia dan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi adalah antara perubahan dan transformasi yang ingin dicapai setanding dengan negara maju lain.
Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan ialah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan sekolah. Mereka aialah kumpulan yang menjadi teras kekuatan dalam Kementerian Pendidikan sejak dahulu lagi. Bakti kumpulan ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, peningkatannyang ketara dapat dilihat dalam pelbagai peringkat pendidikan.
Sistem pendidikan Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu :

Matlamat pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk :
a) melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
b) melahirkan insan beriman , berakhlak mulia , berilmu , berketerampilan dan sejahtera.
c)menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
-d)memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
 PERINGKAT DAN TEMPOH PENDIDIKAN:
Kementerian akan memastikan kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam pendidikan tanpa mengira latar belakang etnik melalui usaha memastikan akses sejagat pada peringkat persekolahan, pendidikan rendah, menengah rendah dan menengah atas.
 Langkah yang diambil termasuklah yang berikut:
(a) Memastikan peringkat dan tempoh pendidikan selari dengan amalan sistem pendidikan berperestasi tinggi
(b) Pemberian bantuan yang lebih bersasaran dan berasaskan keperluan serta bantuan lain kepada pelajar dan sekolah.
PERINGKAT PENDIDIKAN:
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 hingga 2025, murid yang melalui sistem pendidikan kebangsaan akan mengikuti pendidikan formal selama 12 hingga 13 tahun (tidak termasuk pendidikan prasekolah) sebelum mengikuti pendidikan tinggi. Perbezaan satu tahun tempoh pendidikan bergantung kepada jenis pendidikan lepas menengah atau program prauniversiti yang dipilih. Pelajar yang mengikuti program dua tahun dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang setara dengan A-Level atau dipilihan alternatif aliran agama,
 iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memerlukan 13 tahun untuk menamatkan pengajian. Murid yang mengikuti program matrikulasi pula memerlukan satu hingga dua tahun pendidikan. Murid berkeperluan khas juga mempunyai pilihan tambahan tempoh dua tahun untuk menamatkan prasekolah mereka .
Tempoh prasekolah selama 13 tahun sehingga tamat STPM adalah setanding dengan sistem pendidikan lain yang maju. Banyak sistem pendidikan seperti di England dan Scotland telah mencapai Standard A-Levels dalam tempoh 13 tahun. Di Hong Kong pula, program yang setara dengan A-Levels dijalankan dalam tempoh 12 tahun.
 Pendidikan formal di Malaysia bermula dengan kemasukan ke sekolah rendah bermula umur enam tahun ke atas. Umur kemasukan ke sekolah bermula enam tahun dan ke atas untuk pendidikan rendah adalah sama dengan amalan kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi, seperti Singapura dan Ontario (Kanada). Sistem pendidikan pendidikan Finland (yang mempunyai antara sistem pendidikan berprestasi terbaik dalam pentaksiran antarabangsa) juga memulakan pendidikan rendah pada umur tujuh tahun ke atas.
PENDIDIKAN PRASEKOLAH:
Tujuan utama penetapan umur permulaan bagi pendidikan prasekolah ailah memberikan tempoh yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagai persediaan ke sekolah rendah.
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanakkanak terbahagi kepada yang berikut :
a)Pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur antar empat hingga lima tahun
b) Pusat jagaan harian untuk kanak-kanak yang kurang daripada empat tahun
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak memainkan peranan penting dalam perkembangan psikologi dan intelek. Senario pendidikan prasekolah di Malaysia menyaksikan perkembangan yang memberangsangkan sejak beberapa dekad yang lalu. Kira-kira 77% kanak-kanak berumur antara empat hingga lima tahun telah mendaftar dalam pelbagai bentuk pendidikan prasekolah sehingga akhir tahun 2011.
Keseluruhannya, dianggarkan sebanyak 733,000 kanak-kanak telah mendaftar di hampir 40,000 buah prasekolah. Kementerian menyasarkan enrolmen di prasekolah berdaftar meningkat sebanyak 92% menjelang tahun 2015. Kementerian tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan struktur sistem pendidikan Malaysia selari dengan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi. Kementerian memberi tumpuan kepada penyusunan semula struktur bagi setiap peringkat pendidikan (jika perlu).
Gambar situasi pembelajaran di prasekolah

KURIKULUM KEBANGSAAN:
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan merancang kurikulum untuk dilaksanakan di semua peringkat pendidikan. Tujuan kurikulum ini adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada lima seperti yang berikut :
a)Kurikulum Asuhan dan Didikan awal kanak-kanak
b)Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
c)Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
d)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
e)Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Antara Strategi pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah :
a)Menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak serta kurikulum prasekolah kebangsaan .
b) Menggubal Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah .
c) Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong pelaksanaan kurikulum .
d) Menyemak dan meminda atau membuat perubahan kurikulum berdasarkan perubahan dasar pendidikan dan dasar utama negara.
e) Menyediakan , menyemak dan mengemas kini kurikulum sedia ada mengikut keperluan semasa dan masa hadapan .

KOKURIKULUM KEBANGSAAN:
Bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut intelek, minat, bakat, jasmani dan rohani ke arah pembangunan kepimpinan murid, pembentukan nilai estetika serta jati diri, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan pelajar untuk mengikuti aktiviti kokurikulum. Pelaksanaan kokurikulum bertujuan memantapkan jati diri dan pembangunan modal insan yang cemerlang. Antara strategi pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah seperti berikut :
a) membudayakan aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid.
b) memberi wajaran kepada penglibatan yang seseuai kepada aktiviti kokurikulum .
c) memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif melalui kepelbagaian aktiviti kokurikulum.
d) melibatkan murid pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum.
e) memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum .  

PENDIDIKAN RENDAH:

Kerajaan beriltizam untuk meningkatkan enrolmen di peringkat sekolah rendah. Hal ini bertujuan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai pendidikan, bermula di peringkat awal lagi. Matlamat pendidikan rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) dan menaakul; pengenalan kepada konsep asas sains; kemahiran pravokasional; kemahiran generik; serta penerapan nilai-nilai murni.

Situasi pembelajaran sekolah rendah

PENDIDIKAN MENENGAH:

Kerajaan telah mewajibkan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah atas pada tahun 2015. Tindakan ini menjadikan sistem pendidikan Malaysia selari dengan standard tempoh pendidikan wajib antarabangsa dan usaha kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Tujuan utama pendidikan menengah ialah melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir tinggi, iaitu secara kritis, kreatif dan inovatif; mempunyai jati diri kenegaraan yang tinggi serta menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa utama, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Antara tujuan lain ialah memastikan pelajar lepasan menengah dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Pusat Latihan Kemahiran Industri, Matrikulasi, Tingkatan Enam, Prauniversiti, Universiti Awam atau di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Situasi pembelajaran sekolah menengah

PENDIDIKAN LEPAS MENENGAH:

Pelajar yang telah tamat pendidikan sekolah menengah berpeluang untuk menyambung pelajaran peringkat lepas menengah (tingkatan Enam). Tujuan pendidikan lepas menengah adalah untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau dil luar negara. Pada akhir pengajian, pelajar akan menduduki pentaksiran peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET).

TEMPOH PENDIDIKAN FORMAL:

Pelajar persekolahan di Malaysia adalah antara 12 hingga 13 tahun bagi pendidikan formal. Tempoh tersebut bertujuan memberi masa yang cukup kepada murid  di Malaysia untuk berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani,emosi, jasmani dan sosial.

LALUAN PENDIDIKAN VOKASIONAL:

Laluan vokasional adalah bertujuan memberi pendidikan khusus dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya yang memerlukan kemahiran dan kepakaran teknikal khusus. Perbezaan antara teknikal dan vokasional ialah aliran teknikal mempersiapkan murid untuk melayakkan diri dalam pendidikan lanjutan, manakala aliran vokasional lebih berorientasikan kerja. Permintaan industri untuk lulusan vokasional adalah tinggi dan memberangsangkan. Pada tahun 2008, Kementerian Sumber Manusia melaporkan bahawa terdapat kekurang sumber tenaga kerja mahir, iaitu melebihi 700,000 orang dalam industri pembuatan, pertanian, dan pembinaan. Menjelang 202,sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan di bawah NKEA, sekurang-kurangnya 46% memerlukan kelayakan sijil vokasional atau diploma, berbanding dengan 22% yang memerlukan kelayakan ijazah pertama. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dirancang dalam bidang Vokasional bagi memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.

Di samping itu, Kerajaan mewujudkan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional bagi mengukuhkan latihan untuk lulusan berkemahiran. Kerajaan telah memperluaskan pendidikan vokasional bermula pada peringkat menengah rendah melalui program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan mengukuhkan laluan sedia ada pada peringkat menengah atas melalui program Kolej Vokasional (KV). Kerajaan menjangkakan 10% daripada setiap pengambilan pelajar menengah atas terdiri daripada murid vokasional pada tahun 2015 melalui Pelan Pendidikan Transformasi Vokasional. Melalui pelan ini,pengambilan murid dijangka akan meningkat kepada 20% menjelang 2020.

LALUAN PENDIDIKAN TEKNIKAL:

Kerajaan memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang teknikal di sekolah-sekolah teknik di seluruh negara. Pendidikan teknikal memberikan di peluang kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan profesional. Pendidikan teknikal diiktiraf sebagai sebahagian daripada laluan akademik dan biasanya memerlukan asas akademik yang kukuh bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar dikehendaki mengambil mata pelajaran akademik dan boleh mimilih set mata pelajaran elektif teknikal yang diminati sama ada dalam bidang kejuruteraan awam, sains pertanian, prinsip perakaunan atau lain-lain.

LALUAN PENDIDIKAN AGAMA:

Pendidikan Islam merupakan salah satu komponen penting dalam sistem pendidikan kebangsaan dan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan. Kerajaan sangat komited dalam meningkatkan pendidikan agama Islam di Malaysia. Pada masa ini, terdapat lebih 90,000 murid berdaftar di sekolah agama awam yang terdiri daripada Sekolah Agama Kerajaan di bawah kawalan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri (SAN) di bawah kawalan pihak berkuasa agama negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kawal selia Kerajaan dan pihak berkuasa agama negeri atau lembaga pengelola sekolah. Semua Sekolah Agama Kerajaan melaksanakan kurikulum kebangsaan, manakala SAN dan SABK melaksanakan kurikulum ini dan kurikulum kebangsaan. Di samping itu, terdapat kira-kira 350 buah sekolah agama swasta di seluruh Malaysia yang mendaftar. Sekolah agama swasta boleh memilih sama ada melaksanakan kurikulum kebangsaan atau tidak. Kebanyakan sekolah agama swasta (sekolah agama rakyat dan sekolah agama persendirian) terletak di luar bandar dan kekurangan sumber.

Permintaan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah agama sangat memberangsangkan. Bagi menampung permintaan tersebut, Kerajaan telah memperkenalkan program pendaftaran Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta mewujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan. Sehingga kini, manakala sekolah yang melaksanakan KAA berjumlah 547 sekolah.


Situasi pelajar sekolah agama

LALUAN PENDIDIKAN SUKAN DAN SENI:

Bagi melahirkan pelajar yang hebat dalam bidang sukan dan seni, Kerajaan telah menubuhkan sekolah sukan dan sekolah seni. Pada masa ini, terdapat empat buah sekolah sukan dan dua buah sekolah seni di Malaysia. Sekolah sukan dan sekolah seni amat penting bagi memupuk dan mengembangkan bakat generasi muda dan melahirkan atlet pelapis serta penggiat seni. Sekolah jenis ini membantu perkembangan bakat atlet dan penggiat seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Murid di sekolah ini juga akan menerima pendidikan asas yang luas dengan mengikuti kurikulum dan menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajar di sekolah yang lain. Sekolah ini bertujuan membangunkan potensi murid secara holistik dan menyeluruh.

PENDIDIKAN KHAS:

Dalam sistem pendidikan,kanak-kanak orang kelainan upaya(OKU) diberi perhatian yang sama dengan pelajar-pelajar normal. Pelajar yang mempunyai kurang upaya penglihatan,kurang upaya pendengaran,masalah pembelajaran,kurang upaya fizikal,dan kurang upaya pelbagai diperingkat prasekolah,rendah,menengah,dan lepas menengah termasuk dalam golongan prang kelainan upaya. Kerajaan beriltizam untuk menangani masalah yang hadapi dalam sistem pendidikan khas seperti kekurangan guru, dan tenaga pakar khidmat sokongan berkelayakan,keterbatasan infrastruktur kurikulum dan pentaksiran,serta ketidakcukupan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.

PENDIDIKAN UNTUK MURID PINTAR CERDAS:

Golongan murid pintar dan cerdas perlu diberikan pendidikan yang khusus bagi menggilap lagi minda dan keistimewaan mereka. Antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kerajaan adalah dengan mewujudkan program pendidikan untuk murid pintar cerdas seperti PERMATA PINTAR.
PENDIDIKAN SWASTA:
Pendidikan swasta ialah pendidikan yang disediakan kepada murid tempatan dan antarabangsa oleh institusi pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Sektor swasta menawarkan pendidikan dari peringkat prasekolah,sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat prauniversiti.
 KESIMPULAN

Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan hubungan baik dengan negara-negara di seluruh dunia, Jalinan yang baik dengan negara luar menyebabkan Malaysia adalah antara yang dikagumi dan dihormati oleh negara lain. Terdapat pelbagai pertubuhan yang dianggotai oleh Malaysia seperti NAM, ASEAN, PBB dan OIC. Kejayaan hubungan yang erat ini telah memberikan banyak faedah kepada negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, alam sektar, keamanan sejagat, pendidikan dan sebagainya.

Negara Malaysia juga sangat mengambil berat dan prihatin terhadap alam sekitar. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi memelihara dan memulihara alam sekitar daripada tercemar dan musnah. Alam sekitar merupakan aset yang sangat penting bagi nrgara untuk kegunaan ganerasi yang akan datang.

Kerajaan telah beriltizam dan komited dalam usaha mengukuhkan sistem pendidikan negara selari dengan negara-negara maju yang lain. Pelbagai dasar dalam pendidikan dilaksanakan bagi meningkatkan tahan pendidikan negara. Antaranya ialah pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang merupakan salah satu transformasi dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu, isu-isu keprihatinan negara yang meliputi aspek dasar luar neagara, isu-isu keprihatinan negara yang meliputi aspek dasar luar negara, isu alam sekitar pembangunan modal insan merupakan aspek utama yang diberi penekanan penting oleh Kerajaan bagi mencapai negara maju menjelang tahun 2020.






FITNAH DARI SUDUT PELBAGAI AGAMA

  FITNAH ADALAH SATU DOSA BESAR DAN KESALAHAN DALAM SEMUA KEPERCAYAAN. JELASKAN PANDANGAN DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN AGAMA. DUA 6022 : KOMUNI...