Friday, May 7, 2021

FITNAH DARI SUDUT PELBAGAI AGAMA

 

FITNAH ADALAH SATU DOSA BESAR DAN KESALAHAN DALAM SEMUA KEPERCAYAAN. JELASKAN PANDANGAN DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN AGAMA.




DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM


TAJUK : FITNAH ADALAH SATU DOSA BESAR DAN KESALAHAN DALAM SEMUA KEPERCAYAAN. JELASKAN PANDANGAN DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN AGAMA.


AHLI KUMPULAN :

AIN QISTINA BINTI JOHARI
02DKA18F2003

NURUL ADIBAH BINTI ABU SAMAH 02DKA18F2007

NURAINA SAIYIDAH BINTI AHMAD 02DKA18F2021

WAN ATHIRAH BINTI WAN AZNI 02DKA18F2045


NUR FATIHAH BINTI AB.RAHMAN 02DKA18F2049

NURDALIA BINTI MOHD RAFLE     
       02DKA18F2053

NURFARHADA BINTI HASHIM 02DKA18F2057



PENGENALAN

Persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada umat manusia dalam sesebuah masyarakat yang harmoni. Hati budi seseorang itu bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji.
Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W, Baginda telah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Baginda telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi hubungan bersepadu antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi dan Nasrani. Kepentingan konsep persaudaraan perlu ditekankan kepada umat manusia dalam mengimbangi tuntutan hablu min al-Allah (hubungan dengan Allah) dan hablu minannas (hubungan sesama manusia).

Secara umumnya, masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, peringkat usia, taraf kedudukan, pangkat dan kebolehan ilmu pengetahuan. Bagi menjaga keharmonian masyarakat, setiap anggota dalam masyarakat perlu memahami konsep dan peraturan hidup masyarakat supaya tidak ada perbalahan dalam sesuau masyarakat.

OBJEKTIF KAJIAN
·         Menjelaskan pengertian tentang fitnah dari segi istilah.

·         Mengenal pasti pandangan dari pelbagai kepercayaan agama terhadap fitnah.
·         Mengetahui kesan buruk berlakunya fitnah terhadap institusi kekeluargaan dan institusi kemasyarakatan.

APA ITU FITNAH?
 BAHASA Fitnah dalam bahasa arab bermaksud ujian dan cabaran, Imam Ibnu Hajar berkata asal makna kepada fitnah ialah ujian. Manakala, Ibnu Manzur Al-Azhari dan yang lain berkata "asal makna fitnah adalah ujian dan dugaan."

ISTILAH : "perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu."
·         Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi yang dilakukan secara percakapan atau penulisan yang bertujuan untuk memberikan kesan negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu atau tidak sahih yang dipengaruhi oleh sifat buruk sangka, obses atau menjatuhkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.

·         Ia boleh dilakukan secara pertuturan atau berbisik antara seseorang dengan seseorang yang lain. Menggunakan media sosial yang mempunyai ramai pengikut seperti facebooktwitterinstagram dan whatsapp antara punca fitnah disebar dengan begitu pantas.


PANDANGAN FITNAH DARI PELBAGAI KERPERCAYAAN  AGAMA


      I.            AGAMA ISLAM:
·         Maksud fitnah adalah dugaan dan ujian. Allah ada berfirman dalam kitab-Nya: "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah" (surah Al-Baqarah: ayat 193) bermaksud: iaitu perangilah mereka sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah berfirman: "dan Kalau (Yathrib) diserang dari segala penjuru dan mereka diminta agar membuat kekacauan, nescaya mereka mengerjakan; dan hanya sebentar sahaja mereka menunggu." (surah Al-Azhab: ayat 14)

·         Di dalam Al-Quran, Allah berfirman bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat, ayat 6) Allah S.W.T menegaskan bahawa wajib kepada kita mengenali terlebih dahulu sikap si pembawa berita. Jika orang yang membawa berita itu sudah dikenali dengan perangai buruknya maka harus kita tolak berita yang dibawanya. 

Namun istilah fitnah lebih banyak diucapkan apabila seseorang manusia mengalami sesuatu bala atau dugaan di dalam hidup mereka. Kebanyakan mereka terpedaya dalam jalan kesesatan daripada mengikut jalan yang lurus. Maknanya apabila fitnah tersebut telah menimpa seseorang, ia akan terpedaya dalam kesesatan serta menyimpang dari kebenaran dan petunjuk. Oleh itu, kita mestilah bersabar dalam menghadapi apa jua ujian yang mendatang kerana ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya kerana kita dapat menghadapi dengan baik mengikut kemampuan seseorang. Fitnah adalah disebabkan perasaan hasad dengki yang ada di dalam hati. Dengki melihat orang sekeliling mempunyai kelebihan yang ada dalam kehidupan iaitu berjaya dalam kehidupan, mempunyai harta yang banyak, disukai ramai orang dan lain-lain lagi. Oleh itu, penyakit hati ini perlu dirawat dengan sebaiknya.

Kesan fitnah dalam diri masyarakat akan menjadi buruk jika fitnah yang ditaburkan tanpa selidik dahulu akan menyebabkan negara menjadi sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi juga boleh menyebabkan terjatuhnya sesebuah negara, akibat daripada fitnah.

Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita, sambil mohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan oleh kita. Masih belum terlambat lagi untuk melakukan perubahan dan memohon petunjuk dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka mencari kesalahan orang lain, kerana sifat manusia mempunyai kekurangan tersendiri, semua manusia tidak sempurna kecuali Allah. Kita perlulah buang yang keruh dan ambillah yang jernih, untuk kebahagiaan dan keselamatan kita dan keturunan kita dikemudian hari.

   II.            AGAMA KRISTIAN:

·         Dalam pandangan agama kristian fitnah merupakan penyakit hati yang mengikut hawa nafsu, pujukan syaitan, tidak percaya kepada diri, iri hati dengan orang lain dan tidak mensyukuri nikmat daripada pencipta. Rasul Yakobus berkata: "Dari manakah datangnya persengketaan dan pertengkaran di antara kamu? Bukankah datangnya dari hawa nafsumu yang saling berjuang di dalam tubuhmu?" (Yak 4:1) Rasul Paulus dalam surat Galatia mengatakan ia tergolong di dalam kitab sebagai: "perbuatan daging" antara lain perselisihan masyarakat, iri hati dan kepentingan diri sendiri, (bdk.Galatia 5:20). Ini adalah penyakit manusia sejak dari zaman Adam (band. Peristiwa Kain dan Habel) yang perlu diambil berat.

·         Akibat daripada fitnah itu sangat bahaya dan merugikan dalam sesuatu masyarakat ia dapat memutuskan tali silaturrahim, merugikan orang lain dan diri sendiri, perpecahan masyarakat. Dalam kitab (Yak 4:11-12) mengatakan mempunyai maksud yang berbeza. Melalui ayat 11.a: "memfitnah saudaranya sendiri atau menghakiminya". Melalui ayat ini kita dapat mentafsirkan bahawa janganlah kita menghakimi sesuatu tanpa bukti yang nyata. Dalam ayat 11.b: perbuatan itu dianggap sebagai "mencela hukum dan menghakiminya". Yang dimaksud dengan memfitnah di sini adalah: mencela orang (baik di depan ataupun di belakang) kerana ia tidak sesuai dengan prinsip hidup kita.

Melalui dua ayat tersebut, kita dapat melihat bahawa dari maksudnya ia berkaitan dengan hal "memfitnah" dan "menghakimi". Perkataan "memfitnah" muncul 3 kali, dan kata "menghakimi" muncul sebanyak 4 kali dan kata "hakim" muncul 2 kali. Kita seharusnya tidak menghakimi dan memfitnah. Kata "fitnah" dapat diertikan sebagai berkata hal yang tidak baik tentang seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut. Berita yang disampaikan akan menjadi betul, ataupun salah.

III.            AGAMA HINDU:

      Maksud hukum dalam agama hindu adalah ketentuan atau peraturan-peraturan yang harus diatasi oleh manusia, serta memberikan hukuman kepada seseorang yang melanggarnya baik itu berupa hukuman denda, disebut oleh orang dursila (pengkhianatan). Karma berasal dari bahasa Sanskrit dari urat kata "Kr" yang bermaksud membuat atau berbuat, maka dapat diertikan karmapala bermaksud perbuatan atau tingkah laku.

Phala yang bermaksud buah atau hasil. Maka dapat disimpulkan Hukum Karma Phala bermaksud suatu peraturan atau hukuman dalam suatu perbuatan. Salah satu dari Panca Srada ( Enam Kepercayaan Agama Hindu) di antaranya adalah hukum karma phala dimana hukum karma phala ini merupakan etika yang bermaksud bahawa umat agama Hindu percaya akan hasil dalam suatu perbuatan. Dalam Sarasamuscaya seloka 17 disebutkan :“Segala orang (baik golongan rendah, sederhana, atau tinggi) selama dia bekerja akan mendapat kesenangan dalam hatinya, nescaya tercapailah segala apa yang diusahakan dan akan memperolehinya.”

           Dalam Kekawin Ramayana Sargah 1 bait nombor 4 : “Nafsu (Sad Ripu) adalah musuh yang terdekat, ia terletak di dalam hati dan berada di dalam badan. Nafsu tidak ada dalam diri beliau hanya keberanian, kebijaksanaan dan pengetahuan politik”. Ramayana Sargah berkata “Apa yang kamu tanam maka itulah yang akan kamu tuai”, Hukum Karma diambil daripada  buah pemikiran, bercakap perkataan yang tidak baik menyebabkan orang yang tidak bersalah menghadapi derita.

KESAN FITNAH

1)    KESAN KEPADA INDIVIDU:
·         Menjatuhkan maruah individu, menyebabkan pertelagahan, rompakan, samun, berbunuhan antara sesuatu individu yang bertelagah.

2)    KESAN KEPADA KELUARGA:
·         Fitnah terhadap ahli keluarga biasanya berlaku sesama saudara-mara. Sikap fitnah ini boleh mengundang kepada pergolakan di dalam rumah tangga dan kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ia akan menghancurkan institusi kekeluargaan itu secara langsung. Ini akan menyebabkan keluarga sukar memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga tidak tenteram, dendam, tidak mesra, selalu bergaduh, berlaku kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.

3)      KESAN KEPADA MASYARAKAT:
·         Masyarakat menjadi tidak muafakat, enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak peranda dan lain-lain.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, fitnah tidak seharusnya dipandang ringan oleh umat Islam, jika masalah ini masa berleluasa dalam masyarakat ia akan memberi kesan yang buruk pada masa hadapan. Fitnah merupakan penyakit hati yang sangat berbahaya. Kerana kesan yang ditimbulkan selalu negatif,tidak akan pernah positif. Luka yang digoreskan atau ditusukan oleh fitnah lebih tajam daripada pedang. Fitnah dapat merosakkan tali silaturrahim,memporak perandakan sesebuah keluarga dan masyarakat,merugikan sebuah institusi menyengsarakan orang lain , bahkan dapat menghancurkan sesebuah kaum dan mengotori perjuangan.
Kemunduran umat Islam hari ini tidak ada kaitan dengan agama Islam. Umat Islam yang terdahulu telah maju dan mereka maju kerana mengikuti apa yang telah menjadikan umat sebelum mereka maju

Tuesday, October 1, 2019

PERANAN AL-QURAN DALAM MENGATASI MASALAH KEBEJATAN SOSIAL




SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


TAJUK : PERANAN AL QURAN DALAM MENGATASI

MASALAH   KEBEJATAN SOSIAL
 DKA 2B


                                    DISEDIAKAN OLEH:
AIN QISSTINA BINTI JOHARI

02DKA18F2003
NURUL ADIBAH BINTI ABU SAMAH
02DKA18F2007
NURAINA SAIYIDAH BINTI AHMAD
02DKA18F2021
WAN ATHIRAH BINTI WAN AZNI
02DKA18F2045
NUR FATIHAH BINTI AB RAHMAN
02DKA18F2049
MISYANI HANISAH BINTI MOHD FADZLI
02DKA18F2031






Apa punca kebejatan sosial yang berlaku di Malaysia hari ini? Salah laku etika, adab dan akhlak bukan hanya di kalangan rakyat, malah pemimpin. Bukan hanya di kalangan masyarakat bandar, malah masyarakat kampung. Bukan sahaja di kalangan golongan bawahan serta kurang pendidikan, malah golongan pertengahan, atasan serta golongan cerdik pandai. Persoalan in terus bermain di kotak fikiran , masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini seperti kejadian rogol, sumbang mahram atau kes-kes bersekedudukan antara ayah dengan anak-anak atau yang melibatkan adik beradik masih lagi hangat diperbincangkan. Beberapa perkara penting mengenai aurat dalam rumah, sama ada antara ibu bapa dengan anak-anak atau antara anak-anak sendiri yang kurang dititikberatkan atau diberi tumpuan oleh sebahagian ibu bapa. Hal ini akhirnya mencambahkan benih kemaksiatan sehingga berkembang biak, yang dibimbangi jika tidak ditangani akan menjadi dahan pohon yang sukar untuk dicantas lagi.


  Sesungguhnya Islam sangat menitikberatkan pencegahan pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Perkara yang buruk hendaklah dihindarkan agar ianya tidak member kesan buruk kepada kita. Justeru itu, Islam datang bertujuan memelihara maruah manusia dan menutup apa jua ruang yang boleh membawa kepada kemaksiatan atau kebinasaan. 

Kes-kes `haruan makan anak' seperti yang berlaku hari ini sebenarnya boleh dielakkan seandainya ibu bapa mengambil berat dan memahami beberapa adab dan syariat yang telah disusun oleh Islam, yang melindungi aurat dan maruah anak-anak juga ibu bapa itu sendiri. 

Nabi SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, (suci bersih) kedua- dua ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan mereka, sama ada menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi. 

Demi melindungi aurat serta maruah anak-anak, Islam telah menyusun beberapa adab dalaman
dalam sesebuah rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam al-Quran atau melalui sunah
Rasulullah SAW sendiri. 

Kesucian sumber ini secara semula jadinya mampu membina dan membentuk akhlak anak-anak dan menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah SWT. 

Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa. 

Adab ini sebenarnya telah diatur sendiri oleh Allah SWT. dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum
baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu :
Sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak. Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. 

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 







PENGERTIAN



Kebejatan sosial  ialah perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan atau keuntungan.
 Bejat : rosak (budi pekerti)
 Sosial: segala keprohatinan-masyarakat .

CONTOH-CONTOH MASALAH KEBEJATAN SOSIAL:

1. GEJALA SOSIAL ROGOL ATAU JENAYAH ROGOL



Definisi jenayah rogol adalah dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur. Dalam bahasa pasar, istilah "rogol kenalan" merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berjumpa atau berkenalan. Selain itu Rogol yang disebabkan penggunaan pukau  dan seumpama untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang.



2. ARAK ATAU MINUMAN KERAS
Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras yang selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood" seseorang. Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski.
Alkohol merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Pengambilan alkohol secara berterusan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat masa kini. Statistik kadar jenayah yang meninggi, pertambahan kes penyakit mental dan keruntuhan institusi keluarga di serata dunia menjadi testimoni bisu kepada kuasa perosak alkohol.
Mengikut syarak, minuman arak adalah haram dan salah di sisi agama bagi individu muslim yang mengambilnya. Antara sebab pengharaman arak oleh syarak kerana ia memabukkan dan boleh menghilangkan akal orang yang meminumnya. Perbuatan meminum arak adalah termasuk dalam perbuatan syaitan yang dipandang keji oleh syarak.

Faktor-faktor pengambilan alkohol
1) Faktor persekitaran contohnya :
- Mudah didapati
- Harga murah
- Pengiklanan yang menarik di media massa dan media elektronik
2) Faktor Sosial :
- Pengaruh rakan sebaya
- Latarbelakang keluarga
- Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
- Budaya


3. PELACURAN
Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk wang, namun kadang-kadang juga untuk dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun ada juga pelacur lelaki.. Kawasan bandar yang berleluasa dengan gejala tidak bermoral ini contohnya, kawasan seperti Chow Kit iaitu Lorong Haji Taib,Lorong Changkat, Bukit Bintang dan Petaling Street merupakan antara kawasan utama kegiatan pelacuran di Malaysia. Pelacur juga dapat dikelaskan kepada tujuh kategori utama seperti bohsia, pelacur pasar, pelacur jalanan, pelacur bermajikan, pelacur tukang urut dan pelayan pusat hiburan, pelacur bebas serta pelacur kehormat.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PELACURAN
Faktor ekonomi
Faktor ekonomi merupakan salah satu punca yang mempunyai peratusan yang agak tinggi dalam gejala perlacuran ini. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan masalah pegangguran, kemiskinan, hutang, peningkatan kos hidup dan peluang pekerjaan yang tidak seimbang dengan kelulusan menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Selain itu,ada juga seseorang yang keinginan untuk hidup mewah dengan cara mudah tanpa bekerja keras dengan memperolehi wang beribu ringgit dalam satu masa.
Faktor Sosial
Keruntuhan moral seperti kurang didikan asas agama dan pengetahuan serta penghayatan agama daripada keluarga menyebabkan nilai murni budaya dalam sesetengah masyarakat semakin menipis. Oleh yang demikian, tidak mustahillah bagi mereka yang kurang pegangan agama atau tidak menurut perintah agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti pelacuran ini.



4. GEJALA PONTENG SEKOLAH
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius. Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.


DEFINISI AL-QURAN


Definisi atau pengertian al-Quran menurut bahasa dan istilah di atas merupakan kata sepakat antara ulama dan para ahli ushul. Al-Quran diturunkan oleh allah swt sebagai tata aturan bagi kehidupan semua bangsa, petunjuk yang benar untuk semua makhluk, tanda bukti atas kebenaran rasulullah Muhammad saw, dalil yang qot’ie atas kenabian dan risalahnya. Dan sebagai hujjah yang tetap tegak hingga hari kemudian.

 Sebenarnya pengertian al-Quran itu sendiri sangat luas, ia tidak hanya terpaku pada satu pengertian, masih banyak pengertian lain tentang al-Quran menurut para ahli, namun yang paling mendekati dan sesuai dengan para ahli adalah pengertian seperti yang sudah disebutkan tadi. Demikian sekilas tentang pengertian al-Quran menurut bahasa dan istilah, semoga memberikan manfaat bagi pembaca sekalian.

Solat adalah pendinding diri seorang muslim.Antara menjaga solat ialah solat yang ditunaikan dengan khusyu’ dan penuh tawadhu’ ia akan menghalang diri seseorang dari melakukan perkara-perkara yang mungkar. Allah swt telah berfirman bahawa

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji ( Feshya’ ) dan perbuatan mungkar “surah al- Ankabut : 45 .

Ini merupakan satu jaminan daripada Allah swt kualiti solat. Dengan memahami erti setiap yang dilafazkan dalam solat serta memahami setiap perbuatan dalam solat merupakan jaminan seseorang itu dipelihara oleh Allah SWT dan dapat menghalang daripada melakukan perkara-perkara mungkar . Ini diperakui oleh Rasulullah saw berdasarkan sebuah hadith:

“Sesungguhnya ada seorang yang bersolat pada waktu malam ,Apabila waktu

pagi dia mencuri , baginda menjawab “Sesungguhnya apa yang dibaca (solat)

akan mencegahnya.


PERANAN AL-QURAN DALAM MENGATASI KEBEJATAN SOSIAL :


1. TUNTUTAN DALAM MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH.

Melaksanakan perintah Amar Makruf Nahi Mungkar.Seterusnya, sebagai seorang muslim, kita perlulah peka dan prihatin terhadap apa yang dilakukan oleh anggota masyarakat. Seseorang yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat perlulah   melaksanakan tindakan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Itulah tugas seorang muslim yang dituntut oleh Allah SWT untuk dilaksanakan sama ada secara individu atau secara bekerjasama. Allah SWT pernah berfirman bahawa:
“ Dan hendakalah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya “.‘Surah Ali-An Imran:104’.
 Selain itu, seorang muslim yang melihat kemungkaran di hadapan matanya hendaklah mengambil tindakan menghalangnya dengan kuasa (tangan) jika dia memiliki kuasa itu. Jika tidak, dia hendaklah menegur dengan lisannya untuk memperbetulkan kemungkaran.



2. CARA PEMAKAIAN YANG DITUNTUT DALAM ISLAM.

Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda masakini cukup memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekaligus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan oleh agama islam. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno dan berfikiran sempit. Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjakan jumlah kes rogol dan seks bebas. Kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan.

Firman Allah s.w.t
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan- perempuan yang beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik), dengan itu mereka itu tidak diganggu dan ingatlah Allah amat pengampun lagi amat mengasihani.” Al-Ahzab : Ayat 59
Oleh sebab itu islam menyuruh umatnya untuk menutup aurat dengan betul agar tidak dapat menimbulkan fitnah malah untuk mengelakkan dari pada maksiat dan godaan syaitan. Hal ini juga dapat mengelak daripada terpengaruh budaya barat dan gejala sosial yang tidak sepatutnya berlaku

Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)
Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keselamatan harta benda dan jiwa raga. Islam telah menggariskan beberapa panduan khususnya pada wanita supaya menjaga aurat daripada tercebur ke lembah perzinaan demi untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.

Perintah Allah.
Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang diperuntukan menerangkan suruhan Allah kepada umat Islam supaya:
·         Menutup aurat
·         Melihat kehormatan
·         Menjaga aurat di dalam tiga masa
·         Menjada suara ketika berhadapan dengan lelaki asing
·         Meminta sesuatu melalui belakang tabir
·         Membincangkan mengenai suruhan yang pertama iaitu suruhan menutup aurat sinonimnya dikaitkan dengan wanita. Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam


3. Pemeliharaan Akal (حفظ العقل)

Akal merupakan satu nikmat pemberian oleh Allah kepada manusia. Dengan akal, manusia dapat berfikir tentang Allah dan hikmah penciptaan alam semesta. Lantas membezakan mana kaca mana permata, yang mana hak dan mana batil serta dapat menjalani kehidupan dengan lebih teratur dan harmoni. Manakala tanpa akal fikiran, manusia tidak bisa dibezakan dengan haiwan bahkan keadaan orang yang tidak menggunakan akal fikiran mengikut haluan syara lebih teruk dan hina daripada haiwan ternakan! Namun begitu, akal manusia bersifat terbatas, dan keterbatasan itu tidak menjadikan umat Islam sebagai pemakmur dunia yang lemah. Bahkan menyebabkan manusia sangat bergantung kepada burhan, atau dalil dan petunjuk daripada Allah melalui al-Quran dan juga al-sunnah seterusnya terus berada di jalan yang benar. Mana mungkin kita fikirkan bagaimana langit itu diciptakan tanpa tiang, sedangkan Allah Maha Kuasa Lagi Maha Kuat untuk menjadikan segala sesuatu. Setiap umat Islam wajib mensyukuri nikmat Allah ini dan memeliharanya sebaik mungkin supaya umat Islam menjadi umat yang cerdik, bijaksana dan berdaya upaya yang tinggi.

Cara Memelihara Akal :

1) Dari Segi WujudAkal manusia telah sedia ada wujud sejak mula diciptakan.  Maksud memelihara akal dari segi wujud ini adalah bagaimana cara manusia untuk sentiasa menghidupkan akal, dan menyuburkannya supaya tidak lumpuh dan beku.

a) Kewajipan menuntut ilmuSetiap umat Islam diwajibkan menuntut ilmu Allah tidak kira ilmu dalam bidang apa sekalipun. Ini kerana asas dan sumber kepada setiap ilmu adalah daripada Allah, dan wajib bagi kita untuk menyandarkan semua yang telah dipelajari kepada-Nya dengan matlamat untuk mencapai keredhaan Allah di samping membantu manusia lain. Hadith Nabi  dari riwayat yang sahih :  طلب العلم فريضة على كل مسلم yang  bermaksud: menuntut ilmu itu merupakan satu kefardhuan atas setiap muslim (sama ada lelaki atau perempuan.)
Orang yang berilmu dan memanfaatkan ilmu pada jalan yang benar, serta membantu manusia berdasarkan ilmu yang diperolehi akan dikurniakan nikmat dan ganjaran yang besar dan berterusan daripada Pemilik Segala Ilmu. Dalam al-Quran juga banyak menyebut tentang orang yang berilmu (أفلا يعلمون), orang yang berakal (أفلا تعقلون), orang yang bertadabbur (أفلا تتدبرون), orang yang berfikir (أفلا تتقكرون)  dan semuanya berkaitan dengan akal manusia supaya digunakan untuk berfikir berdasarkan ilmu. Sesungguhnya, amatlah berbeza bagi orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui sepertimana yang Allah firmankan dalam al-Quran. Lantas, ia mengelakkan akal dari beku dan kaku bahkan dapat menghasilkan minda muslim yang produktif!


b) Menyubur dan meningkatkan ilmu pengetahuanKepentingan menghidupkan akal dengan ilmu telah dibuktikan dengan beberapa ayat al-Quran yang menyatakan bahawa  orang berilmu akan diberi kebaikan kepada si penuntut ilmu. Hadith Nabi Muhammad s.a.w berbunyi : 
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
yang bermaksud "sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, nescaya Allah menjadikannya faqih pada agamanya."
Ini juga merupakan satu bentuk jaminan bahawa sesiapa yang menuntut ilmu dan faqih terhadap apa yang dipelajari, maka akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat dengan izin Allah. Akal yang sihat dan waras akan sentiasa haus dengan ilmu yang pastinya tidak akan habis. Jika kehidupan tidak dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, maka umat Islam akan terpedaya dengan kehendak dan tuntutan dunia dan seterusnya merugi dan mensia-siakan nikmat akal yang telah Allah kurniakan.

2) Dari Segi 'AdamiBagaimana cara kita mensyukuri dan memelihara akal daripada rosak dan tidak berguna?

a) Tidak meminum arak, dadah dan seumpamanya.Arak diharamkan dalam Islam kerana ia membawa seribu satu kemudharatan kepada manusia. Bermula dengan khayal, kemudian tidak tahu apa yang diucap, bertelingkah, bergaduh, bunuh membunuh, berzina dan menghina Islam! Semuanya dalam keadaan yang tidak terkawal. Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 90 :
Bermaksud : Hai orang-orang beriman! Sesungguhnya meminum arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib, adalah termasuk dalam perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan.
Jika difahami, orang yang menjauhi perkara-perkara ini akan mendapat keuntungan dan kejayaan di sisi Allah. Sebaliknya, orang yang meminum arak dan berjudi sudah tentu akan gagal dan akan menanggung kemelesetan dalam hidupnya di dunia.

b) Tidak memikirkan perkara-perkara yang lagha dan maksiat.Orang yang selalu memikirkan dan berkhayal tentang sesuatu perkara yang buruk (maksiat) boleh menyebabkan matinya akal. Tidak kuat ingatan, sukar untuk menghafal sesuatu dan sering gagal dalam kehidupan antara beberapa kesan jika seseorang yang lalai terus dibuai mimpinya. Ilmu itu adalah nur, dan nur tidak akan masuk ke dalam hati orang yang bermaksiat. Justeru, akal akan mati, iman akan terkubur.





PENJELASAN TENTANG AL-QURAN




Menurut Imam al-Ghazali ‘aql adalah sumber bagi ilmu dan asas ilmu. Maka ilmu dinisbahkan kepada ‘aql adalah seumpama buah bagi pokok, atau cahaya bagi matahari, atau melihat bagi mata. Justeru, salah satu maksud ‘aql yang ditakrifkan oleh al-Ghazali ialah “mengetahui hakikat sesuatu perkara.” (al-Ghazali ,1987, j1 : 5). Takrifan seperti ini adalah merujuk kepada hasil daripada sesuatu perkara itu. Maka ilmu itu adalah hasil daripada kewujudan akal yang mana dengan ilmu itu manusia boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, seterusnya memilih untuk melakukan yang baik atau yang buruk. Pada peringkat ini seseorang manusia itu selalunya akan berperang dengan nafsunya dalam memilih mana yang mahu dibuat, kerana kemahuan akal yang dibantu oleh ilham malaikat itu mahu melakukan kebaikan tetapi kemahuan nafsu yang disokong pula oleh was-was syaitan mahukan sebaliknya. Dalam keadaan sedemikian sekiranya seseorang itu menggunakan daya akal untuk melawan, mengawal dan bermujahadah terhadap hawa nafsunya maka hatinya akan menjadi tempat penurunan malaikat untuk mencampakkan ilham yang memberikan kebaikan kepadanya sama ada dalam bentuk peringatan, panduan atau makluman. (Mohd Sulaiman Yasin, 1992: 191) Ulama juga membahagikan ‘aql kepada dua jenis iaitu ‘aql taklifi dan ‘aql syar’i. Aql taklifi (akal yang menerima bebanan hukum) dimiliki oleh semua manusia selagi ia tidak gila, dan dengan adanya akal itu maka manusia menjadi mukallaf. Ini adalah peringkat aql yang paling rendah. ‘Aql syar’i pula ialah aql yang dimiliki oleh manusia yang mampu mengawal nafsunya kepada taat pada Allah, di samping mengenal Tuhannya dan tunduk kepadaNya. Dalam keadaan manusia ini, berlaku pertembungan antara kemahuan nafsu dan kemahuan akalnya maka apakah yang seharusnya dia buat untuk menjauhkan dirinya daripada maksiat tersebut. Said Hawwa menjelaskan dalam masalah ini, katanya “Terdapat beberapa perkara, sama ada dia meningkatkan cahaya hatinya, meninggikan kejiwaannya, mengikuti jalan yang betul untuk memenuhi syahwatnya dalam batas-batas yang dibenarkan, ataupun dia mengendurkan dorongan syahwatnya dengan cara latihan seperti mengawal pemakanan, memenatkan tubuh badannya, mengurangkan makan,Peranan Kerohanian Dalam Menangani Gejala sosial menjauhkan diri daripada faktor-faktor yang menaikkan nafsu dan sebagainya, semua itu adalah sebahagian daripada rawatan bagi Muslim mengatasi maksiat, dan menang melawan maksiat itu sebenarnya adalah aql.” (Said Hawwa, 1999: 49) Inilah aql syar’ i yang perlu ada pada diri setiap Muslim bagi mengatasi maksiat.




Kaedah Al-Quran Dalam Menangani Masalah Kebejatan Sosial




Imam al-Ghazali (2012) menyatakan akhlak yang paling utama ialah kebijaksanaan dalam mengendalikan diri seseorang daripada hawa nafsu, jiwa yang dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk mencapai hikmah, keberanian, iaitu teguh hati dalam membela dan mempertahankan kebenaran, tidak berundur apabila dicela dan tidak meninggi diri apabila dipuji. Dalam pembangunan dan pembentukan akhlak pula, Imam al-Ghazali meletakkan lima faktor yang boleh mempengaruhi akhlak seseorang iaitu, pembersihan jiwa, melawan hawa nafsu, melazimi amalan kebaikan, membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk dan pengawasan diri terhadap Allah. Zarina dan Basirah (2012) mengulas bahawa isi kandungan alQuran juga merupakan suatu cara untuk seseorang memulihkan diri daripada sifat keji dan menggantikannya dengan sifat yang terpuji. Terdapat beberapa kaedah  pemulihan yang digariskan oleh al-Quran antaranya yang ialah metode pencegahan dan pengawalan, pengubatan dan rawatan serta bimbingan dan pembinaan. Arifin Mamat (2008) menkategorikan manusia menurut al-Quran kepada muslimun, mu’minun, muttaqun, muhsinun, salihun, sabirun, taibun dan mukhlisun. Berdasarkan ketegori ini al-Quran mempunyai pendekatan yang mampu mengubah jiwa dan menjadikan hidup manusia berjaya di dunia dan akhirat. Pendekatan utama yang digunakan oleh alQuran ialah pendekatan fitrah dan keperluan, ilmu dan pendidikan, pemikiran dan ibadah (Arifin Mamat, 2008). Melalui pendekatan fitrah dan keperluan, manusia percaya kepada kewujudan Tuhan dan berkehendakkan kepada bantuan kuasa tertentu terutamanya ketika dalam kesusahan. Firman Allah SWT (Al-Fatihah 1: 5)  Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Serta firmanNya lagi (Al-Isra’17:67) 

mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Justeru ilmu dapat mengeluarkan manusia daripada kesesatan dan seterusnya mendapat ketenangan jiwa. Segala tekanan yang dihadapi tidak lagi dijadikan sebab untuk menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan atau masalah sosial. Sebaliknya, iman menjadikan insan yakin sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Penyuburan iman dilakukan dalam beberapa kaedah iaitu melakukan amal soleh, melazimi sunnah baginda Rasulullah s.a.w, memupuk hubungan yang baik dengan masyarakat sekitar, melatih diri untuk berakhlak mulia serta berada dalam lingkungan orang yang soleh. (al-Qurtubi 2009) Seterusnya ialah pendekatan pemikiran iaitu tuntutan supaya manusia berfikir kerana ini adalah cara untuk sampai kepada kebenaran dan iman. Ketika berfikir manusia perlu melalui dua proses iaitu mendengar dan memahami. Oleh kerana itu terdapat manusia yang melakukan kesalahan akan menyesal kerana apabila sampai kepada mereka seruan untuk kebaikan mereka tidak mahu mendengar dan memahami. Firman Allah SWT (Al-Mulk 67:10) Maksudnya: Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka". Oleh kerana itu jugalah al-Quran menyamakan orang yang tidak berfikir iaitu yang tidak mahu menggunakan pancaindera untuk mendapatkan kefahaman yang benar seperti binatang kerana mereka boleh memilih untuk berbuat maksiat ataupun sebaliknya tetapi tidak berbuat sedemikian.
.
 Justeru al-Quran menyuruh manusia supaya berfikir dan menggunakan kurniaan Allah SWT agar mereka dapat menghindarkan diri daripada kejahatan yang akibatnya akan memusnahkan diri mereka sendiri. Pendekatan terakhir yang dikemukakan oleh al-Quran ialah ibadah. Imam al-Ghazali (2012) menyatakan bahawa ibadah adalah satu-satunya jalan menuju Allah SWT. Dalam melaksanakannya, manusia akan berhadapan dengan pelbagai penghalang yang menjadikan ia satu perjalanan yang panjang lagi merumitkan. Ibadah adalah satu kaedah untuk melatih diri manusia berakhlak dengan akhlak mulia serta latihan untuk menenangkan jiwa. Ia perlu dibiasakan dan diamalkan dalam kehidupan seharian sehingga membentuk perilaku dan jiwa seseorang. Ini adalah antara hikmah pensyariatan ibadah solat, puasa, zakat dan haji ke atas seorang Muslim. Dengan melakukan ibadah ini berpandukan aturan yang ditetapkan, maka seorang Mukmin terdidik untuk mentaati Allah SWT, mematuhi perintah-Nya, bersabar dalam kehidupan, bermujahadah menentang nafsu, berkasih sayang sesama manusia serta saling bekerjasama. Firman-firman Allah SWT ini menunjukkan kepentingan ibadah dalam membina jati diri yang kukuh. Seperti firmanNya (Al-Fatihah 1:5-7) Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.   Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An’am 6:162) Kesimpulannya ibadah mampu membentuk personaliti insan yang baik dan akhlak terpuji yang bermatlamat untuk membangun masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai hala tuju dalam kehidupan. Jelaslah bahawa al-Quran merupakan sebaik-baik penyelesaian kepada masalah manusia kerana ia mengemukakan solusi yang baik.




KESIMPULAN

Kesimpulannya adalah untuk mengatasi masalah gejala sosial di kalangan remaja malahan seluruh pelusuk umat Islam, Al Quran adalah sebaik-sebaik panduan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini kerana AL Quran sangat berperanan dalam mewujudkan situasi yang aman dan harmoni di segenap masyarakat dan mampu mengatasi segala permasalahan social dikalangan masyarakat. Selain itu manusia juga harus berusaha untuk mendalami Al Quran jika ingin mencari jalan penyelesaian sesuatu perkara dan tidak lupa dan ingkar akan segala perintah Allah seperti yang telah dinyatakan iaitu mendirikan solat , menutup aurat dan sebaigainya. Hal ini dipertengahkan kerana jika seseorang itu ingin menemui jalan penyelesaian sesuatu masalah, seseorang itu perlu mendekati dahulu diri dengan Allah. Hal ini dapat dianalogikan semakin jauh dahi kita dengan sejadah, semakin hampirlah diri kita dengan masalah. Oleh yang demikian, umat Islam haruslah menjadikan Al Quran sebagai panduan agar segala permasalahan social dapat diatasi dengan lebih efektif. Sebagai rumusan kaedah atau manhaj al-Quran dalam membaiki jiwa insan yang rosak adalah pendekatan yang terbaik. Kedua-dua pusat perlindungan yang menggunakan kaedah al-Quran dalam merawat masalah sosial dalam kalangan pelatih remaja dilihat berjaya dalam membantu menangani remaja yang mempunyai masalah sosial. Kaedah utama iaitu merawat iman dan hati dianggap asas utama dalam memperbaiki jiwa manusia. Al-Quran mengemukakan pelbagai jalan penyelesaian bagi segala masalah yang dihadapi oleh manusia khususnya masalah jiwa. Pendekatan yang digunakan oleh pusat-pusat rawatan yang diambil daripada al-Quran membuktikan bahawa al-Quran mengemukakan sumber utama dalam penyelesaian masalah manusia. Pendekatan ibadah, taat, bi’ah salihah, qudwah hasanah,niat dan doa merupakan di antara pendekatan yang unik yang diambil melalui al-Quran. Justeru manusia hendaklah sentiasa kembali kepada al-Quran apabila menemui jalan buntu dalam merungkaikan kekusutan fikiran. AlQuran adalah sebaik-baik tempat rujukan manusia yang ingin kembali ke jalan yang benar.Pegangan mereka terhadap AL-Quran begitu tinggi sehinggakan mereka dapat mengatasi masalah kebejatan sosial berdasarkan peranan AL-Quran.Sikap mereka yang taat kepada ALLAH S.W.T menjadikan mereka mendapat memamahi maksud tersirat di dalam AL-Quran dan menterjemahkan ke dalam kehidupan realiti.Perkara di atas menjadikan masyarakat mempunyai akhlak mulia dan terpuji. Benarlah bahawa peranan AL-Quran dapat mengatasi masalah kebejatan sosial. Dikesempatan ini kita sebagai seorang muslim perlu menghayati peranan AL-Quran seperti tokoh ilmuan terdahulu. AL-Quran dapat membentuk sahsiah diri dan membuka minda ke arah yang lebih baik. Al-Uuran mengajar kita supaya melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan laranganNya. Di zaman kini , kita perlu merujuk kembali AL-Quran dan Hadis supaya kita dapat mengangkat darjat Islam yang kini kian jatuh. Kita juga perlu menjadikan AL-Quran dan Hadis adalah sumber rujukan utama dalam kehidupan kerana ia merupakan sumber yang sangat tepat.














SEKIAN TERIMA KASIH💌🤟 











FITNAH DARI SUDUT PELBAGAI AGAMA

  FITNAH ADALAH SATU DOSA BESAR DAN KESALAHAN DALAM SEMUA KEPERCAYAAN. JELASKAN PANDANGAN DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN AGAMA. DUA 6022 : KOMUNI...